╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia"
- HR. Muslim
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝HARI seterusnya, sekolah mereka sudah dikecohkan tentang semalam. Lutfi menemani Haura di gelanggang bola jaring dan Haura mengakui Lutfi ialah boyfriendnya. Laju saja tersebar gosip tersebut umpama cendawan tubuh selepas hujan.
"Weh Lutfi, aku nak tanya kau satu benda ni" Rizqi mengajaknya untuk berinteraksi.
Lutfi yang sedang tekun membuat latihan Pendidikan Syariah Islamiah mula meletakkan pen di sebelah bukunya. Wajah menoleh menghadap Rizqi. Mengindahkan pekertinya melalui kelakuan lahiriah.
Apabila orang berinteraksi dengannya, dia pasti memberi konsenstrasi sepenuhnya dan memandang tepat ke wajah sang bicara. Lainlah kalau yang bukan mahram, mata akan dikawal agar tidak bertamu.
"Kau biar betik teman Haura kat netball court semalam? Ada apa-apa ke korang?" Rizqi agak curiga dengan gosip yang didengarinya itu.
Lutfi tersenyum segan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Ramai juga yang bertanya kepadanya tentang itu. Tampaknya gosip itu makin berleluasa.
"Jadi betul lah kau in relationship dengan Haura? Patutlah Haura ada mengaku pada junior yang kau boyfriend dia. Bila pula korang official ni? Asal aku tak tahu pun?" Rizqi masih terpinga-pinga mencungkil rahsia.
"Eh jap, Haura mengaku aku boyfriend dia?" Lutfi menjongket kening bagai tidak percaya. Takkanlah Haura mengakui mereka ada hubungan? Mustahil. Mungkin Rizqi salah dengar agaknya.
"Ya lah, adik aku kan pasukan netball bawah 15 tahun. Dia yang bagitahu aku. Aku memang tak percaya langsung. Siap aku cakap adik aku gila. Sebab tu aku tak tanya apa-apa pun pada kau semalam. Tapi hari ni, kecoh orang cakap kau teman dia kat netball court dan dia mengaku kau boyfriend dia" Rizqi menjelaskan.
Lutfi masih tergamam mendengarinya. Namun hatinya berbunga-bunga walau tidak tentu kesahihan yang didengarinya itu.
"Lutfi, Rizqi! Borak apa tu? Dah siap ke latihan?" Suara Ustaz Fahim memintas perbualan mereka.
Mereka menggeleng kepala dan segera menyambung semula latihan yang dijedakan tadi.
"Weh Lutfi, kau belum jawab lagi soalan aku. Kau dan Haura dah official ke?" Rizqi berbisik. Dia masih mahu menyibuk tentang itu.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Любовные романы❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...