╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui"
- Surah an-Nisa' 4:148
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝HENING malam mereka di meja makan. Haura langsung tidak bersuara dan selamba saja menjamah hidangan tanpa mengajak Lutfi. Bahkan Haura juga tidak mempedulikan Lutfi yang bertandang ke meja. Ralit matanya melihat skrin telefon sambil menjamu selera. Itulah hubungan mereka sejak dua menjak ini. Pasang surut. Bahtera mahligai mereka juga sudah melangkaui ke bulan Mac. Bermaksud hampir dua bulan sudah mereka menjadi suami isteri.
Haura tekad mahu melakukan pelbagai agenda jahatnya agar Lutfi tidak mampu bertahan lagi dengannya. Lantas Lutfi akan menceraikannya segera.
Baru-baru ini, Haura sengaja mengenakan Lutfi dengan menyorokkan buku latihan Lutfi yang dibawa pulang untuk menyiapkan latihan. Bukan sekali dua, Haura membuat demikian. Sudah banyak kali. Sehingga satu detik itu, Haura perasan bahawa Lutfi dihalau ke luar kelas akibat tidak membawa buku latihan. Tentunya cikgu memarahinya. Hati Haura girang benar menyakitkan hati Lutfi itu.
"Handsome sangat ke telefon tu sampai tengah makan pun awak asyik pandang telefon tu?" Lutfi sengaja mahu menimbulkan interaksi antara mereka. Haura menjeling sekilas lalu. Mulut berdecit kerana ditegur demikian.
"Nanti cuti seminggu ni kita akan balik ke kampung tau" Beritahu Lutfi.
"Balik kampung?! Kampung siapa?" Haura tercengang. Telefon segera dimatikan dan dihentak di tepi.
Mulalah hatinya membara. Apa masalah Lutfi itu? Sengaja menyakitkan hatinya ke apa? Ada ke patut mahu ke kampung ketika cuti penggal awal tahun?
"Kampung mama"
"Mama kau orang kampung rupanya" Haura tersenyum sinis. Seolah mengeji. Patutlah ibu dan anak sama. Perangai kampung!
"Saya pun orang kampung juga. Hina ke status tu?" Lutfi akui asalnya dilahirkan di kampung. Cuma dia dibesarkan di bandar. Tidak perlu malu pun. Janji ada asal usul.
Hangat menggelegak seluruh tubuh Haura itu dengan pertanyaan tersebut. Matanya sekali lagi menjeling Lutfi sebelum meneruskan pembicaraan.
"Kat mana kampung mama kau?" Haura menyoal ingin tahu.
"Kota Jempol"
"Kat mana tu? Dengar nama pun macam dalam hutan lagi. Memang tak lah aku nak ikut kau!" Haura menetapkan keputusan setegasnya.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...