𝟎𝟏𝟔 | 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐔 (𝐍𝐕) ✓

2.2K 89 32
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya, dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia menyambung tali silaturahim dan barang siapa yang beriman...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya, dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia menyambung tali silaturahim dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata baik atau diam"
- HR Bukhari
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

MENYEBAL Haura di dalam bilik kerana berulang kali Lutfi memanggil seraya mengetuk pintu biliknya. Jika hujung minggu begini, Haura lebih suka bersendirian dan terperap di dalam bilik tanpa diganggu. Haura mengorak langkahnya dengan geram untuk menguak pintu bilik. Tangannya menyilang di dada sambil lidah menolak isi dalam ke hujung pipi tanda protes. Riak wajahnya hanya tegang. Tidak suka dengan Lutfi yang sudah mengganggunya itu.

"Awak tidur ke? Saya panggil awak banyak kali dari tadi lagi, awak tak buka pintu" Lutfi bertanya.

Matanya sempat menjenguk ke atas katil Haura yang terlihat komputer riba miliknya berada di atas itu. Bermaksud Haura tidak tidur pun. Pasti menonton Netflix. Tapi hairan juga kenapa Haura susah untuk membuka pintu.

"Kau nak apa ganggu aku ni?" Haura membalas dengan pertanyaannya tanpa menjawab pertanyaan Lutfi tadi.

"Saya minta maaf sebab dah ganggu awak. Saya cuma nak bagitahu awak keluarga saya nak datang makan tengah hari kat sini. Maid pun dah siap masak" Lutfi memberitahu bersama senyuman kekok kerana dipersalahkan.

Mereka mempunyai pembantu rumah yang diambil oleh Dato Uzair untuk mereka atas permintaan Haura sendiri. Pembantu rumah mereka ditugaskan menyiapkan hidangan dan mengemas rumah mereka kecuali bilik mereka.

Tidaklah kelam-kabut sangat selepas Lutfi dan Haura pulang dari sekolah untuk mencari makan. Kerana pembantu rumah mereka sudah menyiapkan. Pembantu rumah mereka sekadar bekerja dari awal pagi sehingga sebelum waktu maghrib tiba.

"Papa dan mama nak datang?!" Haura meninggikan suaranya dengan kaget. Matanya membuntang. Tiba-tiba mendapat makluman kejutan seperti itu.

"Bukan papa dan mama ja. Pak ngah dan mak ngah saya juga" Lutfi membalas dengan tenang kendatipun telinganya baru saja mendapat tujahan suara nyaring Haura itu.

"Siapa pak ngah dan mak ngah?" Haura menjongket keningnya penuh tanda tanya. Dia mana pernah ambil kisah tentang Lutfi. Wajarlah dia tidak tahu apa langsung berkenaan Lutfi itu.

"Parents Tiya. Kiranya ibu dan bapa saudara saya lah. Kemungkinan anak-anak pak ngah dan mak ngah sekali akan datang" Jawab Lutfi lagi. Haura sudah memincingkan bola matanya geram merenung Lutfi.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now