𝟎𝟑𝟎 | 𝐔𝐒𝐈𝐑 (𝐍𝐕) ✓

1.9K 71 10
                                    

DUA pasang kaki menapak ke dalam bilik wad Tuan Arshad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA pasang kaki menapak ke dalam bilik wad Tuan Arshad. Puan Haslina turut kelihatan di sisi. Sedang mengalunkan bacaan yasin buat Tuan Arshad. Dia sebagai isteri. Peneman hidup. Orang yang melalui susah senang bersama Tuan Arshad tentunya sedang berhiba dengan keadaan Tuan Arshad kini. Cumanya Puan Haslina tabah menghadapinya dan menyimpan segala yang dirasainya. Lutfi melepas genggaman jemari Haura bagi menghampiri Puan Haslina untuk bersalaman. Namun Haura terlebih dahulu menahan Lutfi tidak membenarkannya.

"Jangan nak buat baik sangatlah Lutfi Ukail! Aku tak suka kau salam dia!" Haura melarang sambil matanya sedang membalas tenungan tajam Puan Haslina.

Lutfi pula sudah diserangi rasa serba salah. Dia amat menghormati mentuanya itu. Semenjak mereka tinggal berasingan, boleh dikatakan dua atau tiga kali dalam sebulan Lutfi akan melawat keluarga mentuanya tanpa pengetahuan Haura.

"Buat apa datang sini?" Puan Haslina bersuara seolah tidak berkenan.

"Tengok daddy lah. Takkan tengok mummy pula" Haura menjeling. Intonasinya di hujung kata sengaja ditekankan penuh geram. Lutfi menyenggol lengan Haura agar Haura berhenti mencetuskan provokasi.

"Buat apa tengok mayat hidup? Aku tak benarkan kau ada di sini" Puan Haslina menyindir dengan apa yang Haura pernah katakan tempoh hari. Sudah membingit dan berasap telinga Haura saat itu.

"Cuba bayangkan daddy dengar apa mummy kata. Mesti sedih kan? Mummy cakap daddy mayat hidup? Mummy tak benarkan anak daddy tengok daddy sendiri? Kalau daddy dah sedar nanti, mesti daddy akan ceraikan mummy kan? Itulah padahnya mulut puaka. Suami sendiri dalam keadaan macam tu pun masih tak insaf diri" Selamba Haura membalas dengan sarkastiknya. Dia melambakkan kesalahan tersebut kepada Puan Haslina pula. Sedangkan dia dahulu yang mula menyebutkan tentang itu.

"Sudahlah tu Haura" Lutfi tegas menegur Haura.

Kebetulan abang sulung Haura iaitu abang Hanafee pula menapak masuk. Bengang dia melihat Haura di situ. Lagi-lagi dia dapat menguping setiap yang dituturkan Haura tadi. Menambahkan emosi yang sedia ada.

"Baru nak munculkan diri kau Haura? Yang kau menghilang sampai seminggu tu ke mana? Ingat aku tak tahu kau sengaja lari dari suami kau. Kau ikut jantan kan sebenarnya?" Abang Hanafee membidasnya.

Tersentak Haura. Matanya mengalih kepada Lutfi yang sudah berubah air muka itu. Lutfi juga terkedu dengan apa yang dinyatakan abang Hanafee. Bagaimana abang Hanafee mengetahui Haura menghilang? Siap dikatanya Haura sengaja melarikan diri daripadanya dan mengikuti lelaki lain.

Lutfi sendiri tidak tahu apa yang berlaku kepada Haura semasa Haura menghilangkan diri. Bila ditanya, Haura tidak mahu menjawab. Malah memberontak. Lutfi membuat keputusan untuk tidak ambil tahu dan tidak mendesak Haura lagi. Cukuplah Haura pulang jua di sampingnya.

"Kita balik ja lah Haura. Tak payahlah gaduh kat sini. Awak tak kesian ke dengan keadaan daddy? Lagipun niat awak ke sini bukan nak bertengkar tapi nak lepaskan rindu pada daddy kan?" Lutfi menasihati Haura.

"Kau keluar dulu Lutfi. Aku belum selesai lagi dengan diaorang" Haura menjawab.

Lutfi akur untuk keluar dari situ terlebih dahulu. Dia sempat menyalami Puan Haslina dan abang Hanafee sebelum mengucapkan kata pamit. Masih melingkar rasa serba salah buat Lutfi itu. Setiap yang dilakukan Haura, Lutfi yang perlu menanggungnya.

"Aku tak tahulah nak cakap apa lagi pada kau Haura. Makin lama dibiar, makin biadap. Dengan keluarga pun, kau tak reti hormat. Dengan suami pula, kau sanggup derhaka" Abang Hanafee melontar kata-kata yang sengaja menghentam Haura itu.

"Eh diam boleh tak? Kau bukan sesiapa untuk menilai aku. Malah kau tak layak untuk sebut nama aku! Kau bukan suka aku pun kan? Apatah lagi ambil tahu pasal aku. Jadi jangan menyibuk urusan hidup aku Hanafee Adel!" Tempelak Haura dingin.

"Aku pun tak nak buang masa bercakap pasal kau atau nasihatkan kau. Tapi balasan Allah tu ada. Kau tu perlu sedar diri yang kau berpijak pada tanah dan berlindung di bawah langit. Aku tahu apa yang kau buat dan di mana kau berada semasa kau menghilang. Suami dan keluarga mentua kau tengah susah hati cari kau tapi kau boleh bersenang-lenang dengan jantan lain"

Abang Hanafee dapat mengesyaki Haura menghilang tatkala ekspresi Lutfi berselindung dengan sesuatu tiap kali mereka bertemu. Bagai ada yang tidak kena. Luth iaitu sepupu mereka juga pernah terlepas kata tanpa sengaja memberitahunya bahawa Haura tidak menetap bersama Lutfi.

Dari situ, abang Hanafee cuba menjejaki ke mana Haura pergi. Sengaja dia mahu mengetahui apa yang dilakukan Haura di luar sana seorang diri. Dia dapat mengesan Haura tatkala Haura bersiar-siar bersama seorang lelaki di pusat membeli-belah. Siap diikutnya lelaki itu ke rumah.

Disebabkan itu abang Hanafee membuat spekulasi bahawa Haura sengaja melarikan diri daripada Lutfi dan mengekori lelaki lain. Tidak salah juga sekiranya abang Hanafee berfikir bahawa Haura sudah membuat perkara tidak senonoh di belakang Lutfi memandangkan Haura mengekori lelaki itu pulang ke rumah.

"Sudah, Han. Perangai dia takkan pernah berubah. Buat susah daddy dan mummy ja bagi dia kahwin dengan lelaki yang baik dan soleh. Diri tu tetap degil dan ego. Membangkang semua orang. Menipu semua orang. Entah sedar ke tak hidup tu tak pernah dapat keberkatan sebab perangai buruk sendiri. Mummy tak sanggup tengok muka dia lagi. Halau dia keluar!" Puan Haslina mencemuh tentang Haura. Wajah Haura langsung tidak ditatapnya. Terasa bahang panas menyerbu ke seluruh tubuh Haura saat ini.

"Aku rasa eloknya kau balik rumah dan bawa insaf diri tu. Kau kena ingat kau sendiri yang buang semua keluarga kau. Kau hanya ada suami kau. Tak ada sesiapa lagi akan bela dan jaga kau selain suami kau. Jadi jujurlah apa yang kau dah buat di belakang dia. Kalau daddy sedar nanti pun, mustahil untuk dia terima kau sebagai anak semula" Abang Hanafee menarik pintu wad buat Haura. Sengaja dia melakukan sebegitu seumpama mengusir Haura beredar secepat mungkin.

Tidak ada sepatah ayat pun untuk Haura membalas. Teruk dia dihentam sehingga dibelenggu membisu. Hanya mampu menahan amarah dengan gelombang turun naik di dada. Wajah turut memerah. Bukan kerana mahu menangis. Namun terasa ego dan maruahnya dijatuhkan begitu saja bila diselar oleh mereka tidak henti-henti.

 Namun terasa ego dan maruahnya dijatuhkan begitu saja bila diselar oleh mereka tidak henti-henti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2nd version : 08 May 2023

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now