HAMPIR seminggu mereka berjauhan kerana Lutfi perlu bekerja di tempat luar. Dato Uzair dan juga beberapa pekerja lain turut ada bersamanya bagi melawat tapak kawasan yang menjadi perancangan projek syarikat bersama sebuah syarikat lain. Haura tidaklah tinggal sendirian di rumah kerana Lutfi tidak harap untuk meninggalkannya. Jadinya Lutfi menyuruh Haura untuk duduk di rumah keluarga Haura untuk tempoh beberapa hari.Hari selebihnya termasuklah hari ini, Haura membuat keputusan untuk duduk di rumah keluarga Lutfi. Haura lebih seronok duduk bersama Datin Lydia. Almaklumlah Datin Lydia tidak akan membebel kepadanya. Malah tidak pernah menyuruhnya membuat kerja rumah. Datin Lydia juga sering mengajak dan membawanya ke pusat membeli-belah.
Haura menyambut kepulangan Lutfi di pintu rumah seperti rutin sebelum ini. Wajahnya ceria. Senyuman terukir. Kerana sudah lama tidak bertamu wajah bersama Lutfi. Tentulah dia merindui Lutfi. Namun Lutfi itu tetap berwajah kosong. Tiada perasaan. Haura mengerti. Mungkin Lutfi penat.
"Awak nak makan atau nak mandi dulu?" Haura mengiringi Lutfi melangkah ke dalam rumah.
Lagipun kebetulan ketika itu adalah waktu makan tengah hari. Hanya Haura yang tidak menjamah. Dia menanti Lutfi pulang. Dato Uzair yang pulang awal pada hari semalam bersama Datin Lydia dan Lateeq saja menjamah selera tadi.
"Saya nak mandi. Kemudian nak lelap mata sekejap" Jawab Lutfi yang agak mengecewakan. Langkahnya terus menuju ke dalam lif tanpa mengendahkan Haura. Haura turut masuk sekali ke dalam lif.
"Saya belum makan lagi. Sebab saya tunggu awak balik" Beritahu Haura yang masih berharap.
"Awak tak perlulah tunggu saya lain kali. Awak pergi lah makan kalau awak lapar. Saya penat dan tak rasa nak makan sekarang" Balas Lutfi lagi.
Haura senyum kelat. Beria dia menunggu Lutfi pulang. Namun mendapat jawaban yang hampa. Mana tidak pedih hatinya ini. Lif berdenting tiba di tingkat tiga yang merupakan keberadaan bilik Lutfi. Mereka melangkah keluar dari lif memasuki ke dalam bilik.
"Awak sebenarnya dah makan dengan Wardah ke? Sebab tu awak tak nak makan lagi?" Haura memberanikan diri untuk bertanya setelah dia teringat Lutfi menumpang Wardah bersama bapa Wardah ketika pulang kerana Dato Uzair sudah membawa pulang kereta pada hari semalam.
"Kenapa saya nak makan dengan dia pula?" Lutfi menjongket kening dengan hairan sambil membuka butang kemejanya.
"Saya tahu awak pulang dengan Wardah. Mesti awak pergi makan dengan dia dulu kan?" Haura masih dengan sangkaannya.
"Apa yang awak mengarut ni Haura?" Lutfi agak berang. Haura menekannya dengan tuduhan yang dilemparkan itu.
"Kenapa awak marah bila saya cakap pasal Wardah?" Haura terkilan kerana Lutfi seolah memarahinya. Setiap kali dia menyebut nama Wardah juga, ekspresi Lutfi tentu berdingin.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romantik❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...