𝟎𝟑𝟖 | 𝐅𝐎𝐓𝐎 (𝐍𝐕) ✓

1.9K 78 8
                                    

BERGETAR jari jemarinya untuk menyentuh perut yang didiami malaikat kecil atas keizinan Ilahi untuk bernafas di dalam rahimnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERGETAR jari jemarinya untuk menyentuh perut yang didiami malaikat kecil atas keizinan Ilahi untuk bernafas di dalam rahimnya. Namun sepantas kilat Haura menurunkan tangannya dari menyentuh. Di hadapan cermin besar itu dia sedang membelek diri yang jelas memantulkan perubahan pada tubuhnya. Perutnya kian membentuk. Sudah tiga bulan dia mengusung kandungan tersebut dengan rasa yang masih terpaksa.

Haura tidak mengalami sebarang alahan teruk setakat ini kecuali pada awal kehamilan. Itu pun hanya sedikit. Allah itu Maha Mengasihani. Dia mengetahui bahawa Haura perlu menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Disebabkan itu Haura tidak melalui sebarang alahan yang teruk. Ketika di sekolah pun, Haura tetap boleh memberi konsestrasi terhadap pelajarannya.

Haura menghela nafas berat. Dia cuba melenyapkan segala kekhusutan yang mengacau fikirannya. Haura melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke meja makan. Mahu dilihat apa yang dihidangkan oleh pembantu rumah mereka. Namun matanya secara tiba-tiba berminat untuk menerokai bilik Lutfi memandangkan pintu bilik Lutfi terbuka sedikit. Entah simptom apa yang merasukinya. Haura terus menerjah masuk ke dalam tanpa memikirkan apa-apa sebarang kejutan. Lutfi bukannya ada di dalam bilik. Hari jumaat. Sudah tentu Lutfi sedang menunaikan solat jumaat di masjid.

Haura bergerak ke meja belajar Lutfi. Buku lukisan bersaiz A4 menjadi perhatiannya. Teringat tempoh hari, Lutfi tidak membenarkannya melihat isi dalam buku lukisan tersebut. Membuatkan harinya ini benar-benar ingin mengetahui apa yang Lutfi cuba sembunyikan itu? Entah-entah penuh lukisan perempuan lain? Namun sangkaan Haura salah. Dari muka surat pertama sehingga terkakhir diselak, dipenuhi dengan wajahnya sendiri. Ternyata Lutfi boleh melukiskan wajahnya yang dia sendiri tidak sedar bila waktunya dia berekspresi begitu.

"Dia lukis muka aku? Waktu aku di sekolah? Di rumah? Di kampung hari tu? Dia memang dah gila!" Haura agak tercengang. Tiada langsung perasaan terharu mahupun gembira. Malah dibuatnya reaksi muka mencela.

Tidak ada perkara apa pun yang akan meluluhkan hatinya untuk mencintai Lutfi apatah lagi membuka ruang dan peluang kepada Lutfi untuk bertapa di hatinya. Dia tetap ego. Dia tetap bagai orang tidak punya perasaan dan hati.

Heartless.

Haura menutup kembali buku lukisan A4 itu. Matanya sekali lagi tertancap pada perkara lain walau niat mahu beredar dari bilik Lutfi. Satu surat putih terlipat kemas di bawah buku lukisan itu. Haura mencapai surat tersebut bagi membaca isinya.

Assalamualaikum Lutfi. Uncle Shad harap Lutfi dapat terima surat ini dengan hati yang terbuka. Uncle harap Lutfi tak salah faham dengan niat uncle yang ingin sampaikan sesuatu di dalam surat ini. Uncle tahu uncle tiada hak untuk menentukan atau mengatur kehidupan Lutfi. Begitu juga untuk anak uncle, Haura Adelia. Tetapi uncle nakkan yang terbaik untuk Haura sebelum uncle meninggalkan Haura di dunia ini. Lutfi tahu kan uncle sekarang sakit kanser peparu di tahap ketiga? Uncle takut hayat uncle tidak berpanjangan lagi. Uncle takut hidup Haura akan terumbang-ambing selepas kematian uncle. Jadi uncle berhasrat untuk mengahwinkan Haura dengan Lutfi. Lutfi pun ada dengar kan dari papa dan mama Lutfi tentang hajat uncle ingin bermenantukan Lutfi? Uncle percayakan Lutfi. Uncle tahu Lutfi seorang lelaki yang baik dan kukuh dengan ilmu agama. Sekurangnya bila uncle pergi nanti uncle dah tahu yang Haura sudah bersuamikan lelaki yang mampu menjadi pembimbing, pemimpin, pelindung dan penyemangat di sisinya. Uncle juga berharap apabila Lutfi menjadi suami Haura, Lutfi mampu mengubah keperibadian Haura untuk menjadi wanita yang lebih baik. Apabila Lutfi dapat menggalas amanah uncle ini suatu hari nanti, uncle nak Lutfi sentiasa sabar melayan perangainya. Jaga dan lindung dia tanpa kira waktu. Jadikannya sebagai wanita yang beruntung di sisi Lutfi. Uncle tidak minta hasrat uncle ini dilaksanakan segera kerana Lutfi dan Haura masih muda. Tetapi uncle nak Lutfi berfikir mulai sekarang untuk masa hadapan. Insya-Allah kalau ada jodoh antara Lutfi dan Haura, pasti akan disatukan selepas habis sekolah kelak.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now