❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈
𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞
📌 Complete || New Version
📌 known as The Stoical Love
Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LUTFI menjengah ke kawasan dapur. Pintu peti ais ditarik olehnya. Bahagian paling atas di sebelah kiri dijenguk. Teringat pula beberapa hari lepas, dia ada membeli dua bekas ais krim berjenama Häagen-Dazs. Jadinya dia mahu mengisi perut dengan makanan manis. Sudah terkena sindrom Haura yang gemar menikmati makanan manis ketika mengandung. Namun setelah diteliti, ais krim yang dibelinya itu sudah niskala. Tiada. Habis agaknya.
"Eh dah tak ada? Sayang ke yang makan?"Lutfi bersenandika dengan mengagak perlakuan Haura.
Namun agak mustahil. Takkanlah dalam tempoh tiga hari, Haura telah menghabiskan dua bekas tersebut? Bukan bekas yang kecil. Lutfi enggan memikirkan lagi. Reda sajalah ais krim yang diinginnya itu sudah masuk ke dalam perut Haura. Lutfi naik ke tingkat atas. Biliknya dijejaki. Dia mahu melelap mata sejenak. Haura pula sedang mengemas dan mendeko bilik tidur anak mereka yang bakal melihat dunia tidak lama lagi. Haura tidak mahu Lutfi membantunya walau Lutfi ada menawarkan diri tadi.
Haura mencari Lutfi segenap rumah apabila dia selesai dengan kerjanya namun tidak dijumpai. Apabila dipanggil tiada yang menyeru. Haura baru teringat untuk menjejak ke dalam bilik tidur mereka. Haura tersenyum tatkala melihat Lutfi yang sedang lena di atas katil itu. Mata yang terkatup. Bulu mata yang melentik. Kening yang tersusun rapi menjadi permandangan indah Haura.
Haura mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar Lutfi secara bersembunyi. Kemudian, Haura menatap lama di skrin telefonnya selepas mengambil foto Lutfi yang terlihat comel untuknya. Tidak semena-menanya telefon di tangan Haura itu dicapai oleh Lutfi. Haura tercengang. Lutfi sedar perlakuannya?
"Apa hubby buat ni?" Haura seakan membentak.
Lutfi menyimpan telefon Haura di meja kecil sebelah katil lalu berganjak sedikit ke belakang supaya dapat memberi ruang kepada Haura turut baring di sebelahnya.
"Teman hubby tidur sekejap boleh?" Lutfi dengan manja meminta sambil menepuk bantal yang sama dia baring itu.
Mujur bantal itu besar dan panjang. Bolehlah dimuat dan dikongsi bersama. Haura tersengih kerana mafhum dengan kehendak Lutfi itu.
"Alolo nak peluk ya? Manja betul lah suami sayang ni" Haura mengambil posisinya untuk baring di situ sambil mengiring tubuh menghadap Lutfi.
Tangan Lutfi naik mengusap perut Haura yang kian menonjol sebelum dia memarkir tangan di pinggang Haura. Lebih enak tidur memeluk isteri dari memeluk bantal yang tidak berjasad.
Heshteg, yang single marilah kita peluk sama-sama.
"Husbaby sayang" Meleret Haura memanggil sambil mencucuk pinggang Lutfi. Namun tiada respons yang didapatinya. Lutfi hanya memejam mata seolah tidak mempedulikannya.
"Baby, tengoklah daddy ni. Dia tak nak cakap dengan mommy lagi!" Haura mengomel sambil mengusap kandungannya yang sudah cecah enam bulan itu.
"Mommy tu yang makan ais krim daddy" Raut wajah Lutfi monyok terpamer. Dia mencelik matanya semula.