╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" - Surah al-Tin 95:6
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝LUTFI melewati ke halaman kampungnya memandangkan dia mendapat khabar melalui talian panggilan bahawa Luth berserta dua adik sepupu Haura yang lain bertandang.
"Lutfi, maaf kitaorang datang mengejut. Patutnya kitaorang datang esok memandangkan kenduri akikah esok. Tapi dua ekor ni tak menyabar katanya nak jumpa suami kak Haura diaorang" Luth berjabat tangan dengan Lutfi.
Lutfi ada menjemput keluarga Haura turut ke kampungnya esok memandangkan kak Nasrin mengadakan majlis akikah untuk anaknya. Namun Tuan Arshad dan Puan Haslina tidak dapat menghadiri kerana Tuan Arshad semakin gering kini.
Abang-abang Haura pula, entahlah. Mereka hanya berkata kalau ada masa, mereka akan tiba. Luth pula, dia memang berjanji mahu menghadiri bersama dua sepupu kembar yang Haura ceritakan semalam kepadanya.
"Abang Luth ni! Jangan lah bocorkan rahsia!" Satu figura menyenggol lengan Luth.
"Saya Eril Denyss. Adik sepupu kak Haura dan abang Luth" Satu lagi figura yang mempunyai mirip wajah di sebelahnya itu menyua tangan untuk bersalaman serta mengenalkan diri.
"Abang! Saya Eriq Deryll bin Hafizal. Kitaorang kembar tapi saya keluar dulu. Abang ada adik perempuan tak? Nak mengurat!" Deryll dengan selamba bertanya.
"Kau ni budak! Menggatal ja tahu!" Luth menampar bahu Deryll.
"Ikut abang Luth lah ni!" Deryll menjawab tidak mahu kalah.
"Sorry eh abang Lutfi. Diaorang berdua ni macam budak-budak sikit. Suka bergaduh. Belum campur kak Haura lagi" Denyss membisik memberitahu Lutfi. Hanya terdengar gelak kecil Lutfi dengan telatah Luth dan Deryll itu.
Dapat menangkap personaliti ketiga-tiga sepupu Haura itu bagaimana. Luth dan Deryll sejenis yang suka bergurau senda. Tidak serius memanjang. Agak nakal. Denyss, sejenis yang pemalu dan behave orangnya.
"Eh jemput lah masuk dalam. Ni korang tidur homestay mana?" Lutfi mempelawa mereka ke beranda untuk duduk berbual.
Lutfi mengetahui daripada Luth yang mereka menempah tempat inap di sini. Kata Luth, saja mahu bercuti di kawasan kampung.
"Dalam kampung ni juga. Dekat sungai tu" Jawab Luth.
"Elok lah sangat tu. Petang nanti kita pergi sungai sekali" Beritahu Lutfi yang juga mengajak mereka bersama.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Roman d'amour❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...