𝟎𝟐𝟕 | 𝐋𝐀𝐑𝐈 (𝐍𝐕) ✓

1.5K 77 17
                                    

ENTAH dari mana Haura mengutip keberanian untuk berjalan seorang diri di kala bulan purnama sehingga hala tujunya ke hentian bas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ENTAH dari mana Haura mengutip keberanian untuk berjalan seorang diri di kala bulan purnama sehingga hala tujunya ke hentian bas. Dia sendiri tidak tahu di sudut mana dia berada sekarang. Haura memang gagal dalam bab geografi. Itulah akibat mencabar diri sendiri dan tidak berfikir panjang. Tidak fasal-fasal perlu menghadapi kesunyian.

Jalan raya di hadapan hentian bas itu lenggang dan sepi. Harapan untuk menunggu bas berhenti di tengah malam ini tinggal angan-angan Mat Jenin saja. Apatah lagi kenderaan lain untuk lalu-lalang. Sudah ramai gerangan yang sedang berehat mata. Belakang hentian bas itu pula semak samun. Seram jikalau ditenung lama. Sudahlah kedengaran bunyian katak dan cengkerik memekik di koklea.

Mahu membuka telefon dan memesan Grab Car namun awal-awal lagi Haura mematikan telefonnya agar tidak diganggu sesiapa. Terumatanya Lutfi. Dia tidak mahu Lutfi mencarinya. Sakit hati pula dengan Lutfi!

Tiba-tiba cahaya lampu kereta berwarna mettalic black matte dari jauh menyuluh ke matanya. Satu-satunya kereta yang berada di jalan raya itu. Haura memerhatikan pergerakan kereta berjenama Audi A5 yang meluncur perlahan di hadapannya dan memberhentikan pemanduan di situ.

Haura tercengang. Saliva ditelan kesat. Tergeming tubuh. Tidak stabil jantung berdetak. Mampus hidupnya! Ini kalau penculik bagaimana? Tapi ada ke penculik memandu kereta mahal? Mungkin ini pembunuh misteri yang mempunyai harta? Haura bersama tanggapan buruknya tidak dapat dipisahkan.

Lelaki yang kelihatan setaraf usia abang-abang Haura itu menapak keluar dari kereta dan mendekati Haura. Gayanya kemas dan berkarisma. Berpakaian kemeja dan seluar slack di tubuh. Mungkin baru pulang dari kerja. Wajahnya juga tidak menggerunkan atau mengerikan sama sekali.

"Saya Luthraz. Adik jangan takut kenapa saya berhenti sini. Saya cuma hairan kenapa adik duduk kat hentian bas ni? Adik nak ke mana?" Lelaki yang bernama Luthraz itu menyoal.

Haura bungkam. Tiba-tiba pula mulutnya menjadi bisu. Mata sedang tekun menilik wajah yang tersenyum tampan ke arahnya itu. Terus sirna ketakutan Haura. Lega juga hatinya kerana lelaki itu kelihatan baik untuknya.

"Nama adik siapa?" Luthraz menyoal lagi.

"Haura" Sepatah Haura membalas. Bibir masih bergetar untuk membalas senyuman. Wajah menayang meminta disimpatikan.

"Haura tunggu siapa lewat-lewat malam ni? Haura tunggu bas ke? Tapi bas dah tak lalu lewat malam macam ni. Bahaya kalau Haura terus tunggu seorang diri. Haura nak ke mana? Biar saya hantarkan" Luthraz memberi pelawaan.

Melonjak riang hati Haura. Sekurangnya ada juga gerangan yang mahu membantunya. Tidaklah dia akan seperti orang geladangan di situ.

"Haura kena tinggal dengan kawan Haura kat sini" Haura mendapat akal untuk membuat helah.

"Rumah keluarga Haura kat mana?"

"Jauh dari sini. Haura datang sini nak berjumpa dengan kawan Haura. Tapi kawan Haura tinggalkan Haura. Haura tak cukup duit nak pulang ke rumah Haura" Haura membuat wajah monyok. Ditambah air mata palsu di tubir matanya.

Memang handal dia berlakon!

"Haura janganlah menangis. Saya akan bantu Haura. Apa kata Haura pulang ke rumah saya dulu. Kat rumah saya, ada umi dan adik perempuan saya"

"Betul ke? Haura boleh percaya?" Haura membuat mata naifnya.

"Boleh Haura. Saya dan keluarga saya akan bantu Haura. Buat sementara waktu ni, Haura boleh tinggal kat rumah saya. Nanti kita fikir apa jalan seterusnya" Luthraz setia mahu menghulurkan bantuan.

Haura sudah teruja. Tanpa segan silu dan memikirkan apa-apa lagi, Haura mengekori Luthraz untuk pulang ke rumah keluarganya.

ᥫ᭡

MATA Haura tertancap akan kediaman keluarga Luthraz itu. Sama besar dan mewah dengan kediaman keluarga Lutfi. Laman rumah itu diisi dengan kereta mewah yang lain. Tentunya keluarga Luthraz itu kaya raya. Senang dan seronok benar hati Haura. Tidak sia-sia dia melarikan diri. Dapat juga untung. Apa salahnya dia mahu membuat hal sendiri seketika dengan membebaskan diri dari bebanan masalah keluarganya dan kongkongan Lutfi itu?

Haura dengan rasa janggal menapak masuk ke dalam kediaman keluarga Luthraz. Seorang wanita berusia yang diyakni ibu kepada Luthraz itu menanti mereka. Seakan sudah mengetahui kedatangan mengejut Haura itu. Luthraz bergerak menyapa ibunya dahulu.

"Ini Haura umi. Raz jumpa dia di hentian bas. Dia duduk seorang diri sebab tak ada hala tuju. Kawan dia tinggalkan dia. Rumah dia pula jauh dari sini" Luthraz memberitahu Datin Kina mengenai Haura.

Haura menguntum senyuman di wajahnya. Datin Kina memandang Haura tanpa rasa kekok atau membuat mimik wajah terkejut. Dengan terbuka hati, dia menerima kedatangan Haura.

"Lah kesiannya. Haura datang ke sini seorang diri ya?" Datin Kina menegur Haura seraya Haura menyalami tangannya.

"Ya Puan. Haura minta maaf sebab tiba-tiba datang sini dan minta tumpang di sini. Sudahlah Haura tak dikenali. Haura janji Haura akan pulang secepat mungkin" Haura berpura mesra. Biasalah. Kepakaran Haura dalam bidang berlakon.

"Tak perlu panggil Puan. Haura panggil saja umi. Umi tak kisah kalau Haura nak tumpang di sini. Untuk beberapa hari pun tak apa. Selesakan diri Haura di sini ya? Umi tak nak tanya banyak apa yang jadi pada Haura hari ni. Mesti Haura penat kan? Haura berehatlah dulu dalam bilik tetamu" Datin Kina turut ramah melayan Haura sebagai tetamunya.

Lega dan tenang jiwa Haura mendengarnya. Datin Kina dengan mudah menerimanya sebagai tetamu untuk menumpang. Tambahan lagi, Datin Kina tidak menyerabutkan kepalanya dengan apa-apa pertanyaan. Baguslah juga. Tidaklah perlu akalnya melencong mencari helah lagi.

"Terima kasih umi. Terima kasih juga Luthraz. Sebab sudi bagi Haura tumpang di sini. Haura tak tahu lah apa nasib Haura kalau Haura tak berjumpa dengan orang baik malam ni" Haura tersenyum kecil. Seolah-olah sebak dan gemersik malamnya ini.

"Tak apa Haura. Hari ni kita berbaik dengan orang, esok lusa orang berbaik dengan kita pula" Datin Kina menghadiahkan senyuman sejurus mengarahkan pembantu rumah menghantar Haura ke bilik tetamu.

Di dalam bilik tetamu itu sudah disediakan dengan pijama tidur, tuala mandi dan segala produk mandian. Bukan main selesalah Haura melentok di katil tetamu yang empuk itu. Dihamparkan pula dengan bayu sejuk pendingin hawa. Telefonnya tetap dibiarkan mati begitu saja tanpa diusik lagi.

2nd version : 08 May 2023

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2nd version : 08 May 2023

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now