𝟎𝟎𝟗 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 (𝐍𝐕) ✓

2K 106 11
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗"Wahai orang yang beriman! Jauhi kebanyakan berprasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain" - Surah al-Hujurat : 12╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Wahai orang yang beriman! Jauhi kebanyakan berprasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain"
- Surah al-Hujurat : 12
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

MATAHARI mula menerbit di ufuk Timur. Menandakan waktu fajar kian berlabuh. Solat subuh Lutfi tetap dijalankan secara seorang diri. Sudah berjerih dia mengejut Haura namun tidak berjaya langsung. Banyak alasan yang diberikan dan digunakan oleh Haura. Sungguh Haura itu liat untuk bangun pagi jika hari tidak bersekolah seperti hari ini.

Waktu kian mencecah 9 pagi. Haura masih sedap membongkang di atas katil empuknya. Lutfi mengambil tempat di birai katil. Terleka sejenak Lutfi memandang Haura sebelum suaranya mengejut. Rambut hitam kilat Haura diusap. Tangannya pula mengelus wajah Haura penuh lembut. Rupa wajah Haura begitu mempesonakan.

Bentuk wajah oval yang simetri. Tiada cela. Tiada jerawat. Rupa wajah yang garang tetapi auranya elegan dan mahal seperti ala-ala Slavic people. Devil beauty in seductive look. Kening berbentuk soft arch. Bulu mata juga melentik walau tidak lebat mana. Mata tajam berbentuk siren. Hidung mancung. Bibir merah. Memang rupa dan gaya wajah yang menawan setaraf model. Untung dia dapat memiliki Haura.

"No wonder I'm adore you too much sweetheart. You always look dazzling to me" Lutfi bersenandika seorang diri. Semua tentang Haura mampu menghanyutkannya dalam keindahan jagat.

Haura yang baru mencelik matanya terus menjerit melihat Lutfi di hadapannya. Sisa kantuk serta-merta hilang. Lutut merapat ke dada. Dia memeluk tubuh dengan takut. Ibarat makhluk halus berada di depannya itu.

"Eh Haura? Kenapa jerit? Ini saya lah" Lutfi cuba menenangkan Haura. Mungkin Haura mengigau agaknya.

"Kau buat apa kat sini?! Kau ambil kesempatan kat aku eh?!" Haura menuduh. Suara sengaja diteriakkan agar semua orang mendengar.

"Tak Haura. Saya tak buat apa-apa pun. Saya cuma nak kejut awak bangun" Lutfi menjawab membela dirinya.

"Argh! Aku tak percaya! Kau memang ada niat nak sentuh aku!" Haura sudah meroyan seperti orang gila. Otaknya tidak dapat lari dari perkara buruk tentang Lutfi.

"Astagfirullah. Tak baik awak tuduh dan buruk sangka kepada suami awak macam tu Haura. Saya tahu awak masih tak percayakan saya tapi saya tak pernah ada niat jahat pun ke atas awak. Tak pernah terlintas sekali pun nak ambil kesempatan kepada awak. Saya kahwin dengan awak bukan fikirkan nafsu tapi rasa sayang dan tanggungjawab. Saya ikhlas dengan awak. Dan kenapa saya perlu ambil kesempatan kalau saya boleh minta secara baik? Awak kan isteri saya"

"Isk! Mula dah karut dia ni! Tepi lah sikit!" Haura menolak Lutfi untuk bangun menuju ke tandas. Malah kakinya sengaja melanggar belakang badan Lutfi.

Haura mencuci wajahnya serta menggosok giginya sebelum turun ke bawah. Rambut pula disimpul dengan pengepit rambut. Mereka beriringan ke meja makan untuk menjamah sarapan. Puan Haslina yang sedang mengemas di meja makan itu memandang mereka berdua.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now