╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Janganlah kamu saling membenci, saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya melebihi tiga hari" - HR Bukhari
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝HARI persekolahan kembali. Rutin harian mereka sebelum ini yang dijalani amat ketara dengan sekarang. Memandangkan mereka sudah sah menjadi suami dan isteri. Bangun bersama. Berebut untuk mandi. Solat subuh. Sarapan sekali. Mujur saja Lutfi sejenis yang mudah mengalah. Dia membiarkan juwitanya mandi serta bersiap berseragam sekolah dahulu daripadanya. Jadi solat subuh mereka tetap secara asing-asing.
Mesti semua tertanya-tanya, bagaimana mereka melewati malam hari? Adakah Lutfi tidur di atas katil yang sama dengan Haura? Maklumlah itu kan bilik Lutfi. Jawapannya tidak! Lutfi dengan rela hati memberi keselesaan kepada Haura untuk beradu di atas katilnya. Manakala Lutfi mengambil tempat tidurnya di lantai berlapik atas tilam toto. Dia tidak mahu kepercayaan Haura yang sedikit demi sedikit terbina terhadapnya diragui.
Petang itu, Lutfi dan Haura tidak pulang bersama. Asbabnya Haura mempunyai latihan bola jaring sekali gus perlawanan eksebisi (friendly match) bersama pasukan dari sekolah yang lain. Haura memegang posisi Wing Defender (WD).
"Get ready in 15 minutes later!" Jurulatih merangkap guru kelab sukan bola jaring sekolah mereka memberi ruang untuk berehat sebelum kembali beraksi di atas gelanggang bola jaring buat permainan seterusnya.
"Haura, kau ada apa-apa ke dengan Lutfi? Tak pernah-pernah pula aku nampak dia datang masa kita berlatih atau main netball ni" Aydra yang turut bermain bola jaring bersamanya itu memberi pertanyaan.
"Untunglah ada orang datang tengok" Medina pula menambah sambil tersengih.
Haura masih tidak dapat menangkap apa yang diusikkan mereka itu. Bertambah kerut Haura jadinya. Namun hatinya terdetik untuk menoleh ke belakang. Menjegil bola mata Haura saat tersedar satu figura di tempat duduk penonton.
Lutfi Ukail! Suaminya itu! Sedang menguntum senyuman ke arahnya. Membahang. Membara. Marah. Kian membuncah di hatinya. Siapa pula yang membenarkan Lutfi datang menjenguknya ini?!
Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Lutfi sepanjang permainan tadi! Haih Lutfi ni memang sentiasa ada di mana-mana dia berada! Haura mengambil keputusan untuk bergerak ke arah Lutfi. Sekencangnya langkah membelah angin.
"Lutfi Ukail! Kau buat apa kat sini?!" Haura berekspresi dingin.
"Tengok awak friendly match lah" Lutfi senyum tanpa bersalah. Buat apa nak rasa bersalah kan? Tengok isteri sendiri ja pun.
"Siapa pula yang benarkan kau tengok aku?!" Habit menyilang tangan penuh lagak itu dilakukan Haura.
"Salah ke saya nak tengok isteri saya main netball? Saya nak support awak. Kalau awak cedera ke apa-apa jadi ke, sekurangnya saya ada dekat dengan awak" Penuh risau Lutfi sebenarnya. Tambahan melihat permainan bola jaring tadi. Rakus dan lintah betul kedua-dua pasukan tersebut.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...