❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈
𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞
📌 Complete || New Version
📌 known as The Stoical Love
Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KENDATIPUN peristiwa pahit yang melakar di malam itu sudah dua bulan berlalu, Haura masih tidak memaafkan Lutfi. Haura juga tidak pernah sedetik pun memberi ruang kepada Lutfi untuk menjelaskan apa-apa. Dia membiarkan rasa bencinya kepada Lutfi itu terus tegar membenam di hati. Haura kini banyak berkurung diri di dalam bilik. Makan dan tidurnya tidak terjaga langsung. Dirinya juga tidak terurus. Apatah lagi kesihatannya. Sekejap metabolisme lemah. Sekejap metabolisme beransur pulih. Peristiwa malam itu kadangnya masih terngiang-ngiang di fikiran Haura sehingga menjadi mimipi ngerinya.
Wajah Lutfi memang sukar lagi untuk diamatinya. Kerana hanya membuatkan dirinya trauma. Disebabkan itu juga Haura tidak habis-habis menyalahkan dan memarahi Lutfi. Segala cacian, hinaan, makian diterima Lutfi tanpa mengalah. Semua tentang Lutfi ada saja yang tidak kena di matanya. Haura juga kuat memberontak kerana emosi dan mentalnya yang tidak stabil itu sehingga pembantu rumah mereka turut terkena tempias. Serik pembantu rumah mereka untuk terus bekerja di situ sejurus berhenti. Terpaksa Lutfi mencari pengganti pembantu rumah mereka yang baharu.
Luth juga tidak terkecuali. Turut kena tempias dengan Haura itu. Luth kadang kalanya akan bermalam di rumah mereka. Dia kesian dengan Lutfi yang perlu menghadapi Haura seorang diri. Sudahlah Lutfi tidak akan berkasar langsung dengan Haura walau sekejam apa pun Haura lakukan kepada Lutfi. Kehadiran Luth itu agak membantu. Dapatlah juga cetusan amarah Haura yang sentiasa membuak-buak itu berkurang kerana Luth mengawalnya.
Pada mulanya, Luth mahu merahsiakan kerja kotor Fatiya itu daripada Lutfi namun dia tidak sampai hati melihat Lutfi kena pelbagai hinaan daripada Haura. Luth jujur dengan Lutfi tentang Fatiya itu namun Lutfi tetap tenang mengawal reaksinya menghadapi kejujuran tersebut. Luth tahu tentunya Lutfi tidak menyangka dan terkilan kerana sepupunya sendiri ada niat jahat kepada mereka.
Luth menyuruh Lutfi memberitahu Haura agar dapat menawan kepercayaan Haura semula. Namun Lutfi memilih untuk tidak memberitahu kebenaran tersebut. Biarlah Haura terus menyalahkan dirinya. Tidak usahlah membabitkan orang lain walau itu merupakan kesalahan orang lain.
ᥫ᭡
SENJA nian membayang, tergamam Lutfi setelah dapat menangkap Haura bersama beg galas menuju ke pintu rumah. Tentu Haura mahu melarikan diri. Memandangkan Luth sudah beberapa hari tidak memunculkan diri. Jadinya, tiada siapa boleh mengawal Haura itu.
Haura berdecit. Niatnya mahu melarikan diri itu terperangkap dan gagal! Haura mengeluarkan pisau pemotong kertas dari poket seluarnya lalu dihalakan kepada Lutfi. Dia memang sudah bersedia dengan alatan tajam untuk menyerang saja sesiapa yang mengacau hariannya.
"Letak pisau tu Haura. Bahaya" Terkedu Lutfi namun cuba selambakan diri mengawal kondisi mereka. Terutamanya Haura itu. Yang akan mengancam keselamatan salah seorang daripada mereka.