𝟎𝟒𝟐 | 𝐀𝐍𝐀𝐊 (𝐍𝐕) ✓

3K 89 25
                                    

HAURA pulang dari hospital apabila dia dibolehkan keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAURA pulang dari hospital apabila dia dibolehkan keluar. Namun dia pulang seorang diri secara rahsia dan meninggalkan anaknya itu sekontang-kanting. Mujur Lutfi dan keluarganya tiba selepas beberapa jam Haura meninggalkan hospital. Sememangnya mereka mengetahui bahawa Haura dan bayi sudah boleh dikeluarkan dari hospital. Jadinya, mereka mahu mengambil Haura dan anaknya itu pulang. Namun Haura terlebih dahulu pulang seorang diri dengan menaiki Grab Car.

Haura memilih untuk menetap dan menjalani waktu berpantangnya di rumah keluarganya. Walau masih belum jernih hubungannya bersama Puan Haslina namun terpaksalah juga dia menebal muka. Kerana dia tiada pilihan. Semua barangannya di rumah Lutfi itu sudah diangkut pulang ke rumah keluarganya. Lagipun dia sudah teguh dengan pendiriannya untuk berpisah.

Puan Haslina enggan mahu membebel banyak dengan tindakan Haura yang pulang dari hospital seorang diri dan meninggalkan bayi di hospital tanpa pengetahuan sesiapa. Puan Haslina juga tidaklah terlalu menjaga waktu berpantang Haura itu. Dia malas mahu menghiraukan Haura. Pandai-pandailah Haura mengurus sendiri. Haura kan selalu berlagak tidak memerlukan sesiapa. Itu yang perangai tidak serupa bikin. Adakah patut meninggalkan anaknya di hospital?

Pihak hospital pun cuai! Tidak memeriksa langsung Haura yang keluar seorang diri tanpa anak. Malah wad Haura yang didiaminya itu adanya bayi kecil yang dahaga kasih sayang seorang ibu.

Keluarga Lutfi pula? Entah apa reaksi yang perlu digambarkan dengan tindakan melampau Haura itu. Mereka sedari Haura belum mampu menerima kehadiran anak tersebut. Lutfi? Remuk dan kecewa bagai tiada makna lagi. Dia sudah mengagak dari awal bahawa Haura akan meninggalkan anaknya itu pada bila-bila masa saja. Ternyata tidak sampai dua hari anaknya melihat dunia, Haura sudah membuat demikian. Apalah nasib anaknya? Tidak langsung dikasihi oleh seorang ibu sendiri.

ᥫ᭡

SUDAH hampir seminggu berlalu semenjak kejadian itu. Hari ini, Datin Lydia memujuk Lutfi untuk membawa anak mereka ke rumah keluarga Haura. Datin Lydia juga menasihati Lutfi untuk menetap di rumah keluarga Haura dan menjaga Haura sepanjang berpantang itu.

Ikutkan hati Lutfi, dia sudah hampir mengalah. Terumbang-ambing emosinya dalam mensetujui permintaan Haura di hospital tempoh hari. Dia rela menguruskan anaknya seorang diri. Tidak mengapa Haura tidak mahu ambil peduli sekali pun.

Namun setelah diberi nasihat dan sokongan dari ibu bapanya, dia sedar bahawa dia masih berstatus suami kepada Haura. Dia juga masih belum terlambat untuk membaiki hubungan mereka kembali. Mana tahu sekiranya dirinya serta anak mereka hadir di depan mata Haura akan membuka hati Haura untuk menerima dan membuang hasrat untuk mereka berpisah.

"Eh kau buat apa dalam bilik aku ni?" Haura terkejut saat figura Lutfi yang menapak masuk ke dalam biliknya bagai pencuri itu.

Tiada ribut, tiada angin, Lutfi hadir di depan matanya setelah hampir seminggu dia menghilang begitu saja dari hospital. Sedangkan hari-hari sebelum ini, Lutfi langsung tidak menanyakan khabarnya seolah-olah Lutfi tidak mempedulikannya lagi.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now