BEBERAPA hari berlalu begitu saja dengan rasa sepi dan kekosongan dalam diri Lutfi. Dua insan yang selalu memeriahi rumahnya sudah pun pergi. Dia berniat mahu berbaik semula dengan Haura setelah malam itu. Namun Haura tidak kembali lagi selepas malam itu. Sekali lagi Haura membawa diri. Keluarga Haura sendiri tidak memaklumkan apa-apa.
Lutfi menempah rasa terkilan sekali lagi dengan Haura. Dia benar-benar tidak faham mengapa Haura suka menghilangkan diri ketika mereka di kemuncak konflik. Dia tekad untuk membiarkan saja apa pun keputusan yang mahu Haura lakukan.
Lutfi berada di rumah keluarganya selepas pulang dari kampung kerana belum bersedia tinggal sendirian di rumahnya.
"Kita masih tak tahu apa-apa tentang keberadaan Haura. Keluarga Haura pun tak ada maklumkan apa-apa. Lutfi tak nak cari Haura ke? Lutfi dah call Haura? Mesej?" Datin Lydia memandang Lutfi yang sedang menonton televisyen itu.
"Dia yang nak pergi, mama. Maksudnya dia memang nak tinggalkan kita. Lutfi tak pernah halau dia pun" Selamba Lutfi menjawab seolah tidak terkesan dengan kepergian Haura. Wajahnya lesu dan pasrah.
Haura yang mahu pergi dan meninggalkannya. Dia tidak mengusir Haura pun. Disebabkan itu selama di kampung selepas Haura membawa diri, Lutfi tidak memikir untuk mencari Haura walaupun Datin Lydia ada menyuruhnya.
"Apa Lutfi cakap macam tu? Lutfi tak kisah Haura hilang? Lutfi tak sayang Haura?" Datin Lydia berkerut. Dia agak marah apabila Lutfi buat tidak peduli saja. Jikalau keselamatan Haura terancam bagaimana?
"Lutfi sayang dia pun, dia tetap pergi tinggalkan Lutfi. Apa lagi Lutfi boleh buat? Itu memang cara dia agaknya. Hanya fikirkan ego dan perasaan. Menghilang tanpa bicara. Biarkan orang menunggu" Lutfi senyum kelat.
Bingkas dia bangun dari sofa menuju ke bilik tidurnya. Hatinya mengugat rasa sebak membuatkan dia mahu bersendirian tatkala ini. Fikirannya juga serabut.
"Astagfirullah! Lutfi pun ego! Lutfi biarkan Haura tersinggung. Lutfi biarkan Haura rasa macam tiada keistimewaan sebagai seorang isteri. Lutfi rela tengok Haura pergi tanpa sebarang pencarian" Datin Lydia cuba menyedarkan Lutfi.
Namun Lutfi sudah lanjut mengatur langkahnya ke dalam bilik. Pertuturan Datin Lydia tidak diendahkan. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia tidak pernah bersikap demikian. Biasanya dia akan meminta diri terlebih dahulu untuk beredar.
Lutfi duduk di atas katil selepas injak ke bilik tidurnya. Dia menghela segala keluhan. Air mata yang disembunyikan sejak tadi berguyur tanpa sempat ditahan.
"Dia yang nak pergi. Aku tak halau dia pun. Untuk apa aku menangis?" Lutfi bersenandika. Makin dia cuba berpura-pura buat tidak endah, makin sakit hatinya. Makin lebat tangisannya.
Dia rindu Haura. Dia mahu Haura ada di sini. Dia mahu mengajak Haura memperbaiki hubungan mereka agar lebih baik. Namun Haura pergi tanpa berita. Itu yang membuatkan tembok egonya membina. Sengaja membuat tidak peduli dengan kepergian Haura sedangkan dia mahu mencari Haura.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...