╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Wajiblah kamu menjauhi sifat dengki kerana dengki itu boleh memakan segala kebaikan (merosakkan akhlak dan menghapuskan pahala) seperti api yang memakan kayu"
- (Hadis Riwayat Abu Daud
dan Ibnu Majah)╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝
TOPI KELEDAR dilurutkan dari kepala lalu disandarkan pada tempat duduk motosikal Honda CBR 1000RR miliknya. Rambut dikemaskan rapi. Jaket hitam di tubuh turut dilucutkan bagi menggantikan blazer sekolah di tubuh. Pandangan Lutfi terleka dengan satu gerangan yang sedang berjalan di laluan berbumbung ke bangunan sekolah. Lutfi tersenyum seorang diri. Teringatkan momen mereka kelmarin.
Satu Acrasia High School mengetahui. Lutfi Ukail itu mempunyai perhatian kepada Haura Adelia walau mereka tidak berhubungan. Menjadi bualan hangat ramai pelajar kerana hairan dengan Lutfi yang penuh sujana itu meminati gadis seperti Haura itu? Gadis yang mempunyai nama dalam golongan pelajar top 3 hotstuff girls senior kerana kecantikan wajah dan gaya fesyennya. Namun dalam masa yang sama dikenali dengan sikap negatifnya. Angkuh. Dingin. Ego. Sarkastik. Keras kepala.
Haura yang sudah hampir ke bangunan sekolah itu sanggup berpatah haluannya menuju ke parkir motosikal selepas mendengar desas-desus orang berkata Lutfi asyik memerhatikannya tadi. Ditambah pula buah mulut orang yang mengutuknya membuatkan hatinya makin meradang panas! Ini semua salah Lutfi! Lutfi yang beria mendekatinya namun dia pula yang kena kecam oleh peminat-peminat Lutfi.
"Kau memang teringin nak kena korek biji mata ke?!" Haura terus menyerang Lutfi tanpa teragak-agak. Dia tidak kisah walau banyak mata sedang memandangnya ketika itu.
Lutfi terkaku. Debarnya melonjak di dada apabila berhadapan dengan Haura. Bergetar mulut untuk memulakan diksi. Acap kali dia mendapat mulut pedas Haura itu namun tidak pernah terguris di hati. Malah terasa sedang mencipta momen walaupun ia pahit.
"Tak payah buat muka innocent lah! Aku nampak kau curi-curi pandang aku dari mula aku masuk pagar sekolah sampai dah jalan separuh sana" Raut wajah Haura jelas kedinginan. Tangan disilang di dada dengan angkuh.
"Saya minta maaf—" Lutfi menunduk pandangan ke bawah. Belum habis dia berbicara, laju Haura memintas.
"Aku tak nak dengar maaf kau lah! Aku nak ingatkan kau! Sekali lagi kalau kau cuba dekati aku atau perhatikan aku, siap moto kau aku calarkan! Konon alim sangat tapi tak reti jaga pandangan pun!" Haura menepuk motosikal Lutfi itu dengan kasar sebelum bergegas pergi.
"Berlagak punya perempuan! Perasan paling cantik! Ingat orang nak sangat ke tengok dia tu?" Nadim iaitu rakan Lutfi yang turut berada di situ terus mencelah.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...