𝟎𝟓𝟖 | 𝐆𝐎𝐃𝐀 (𝐍𝐕) ✓

4K 101 18
                                    

MALAM seterusnya, Haura tidak berputus asa untuk menambat hati Lutfi lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM seterusnya, Haura tidak berputus asa untuk menambat hati Lutfi lagi. Haura mengerjakan sesuatu yang lebih gila malam ini. Haura mengenakan lingerie satin berwarna hitam di tubuhnya. Lingerie itu berparas paha hingga terserlah paha gebunya. Kolar lingerie itu berfabrik lace dan berbentuk bustier yang betul-betul hanya melindungi bahagian buah dadanya. Selebihnya di bahagian dada Haura dibiar tertayang.

Gila! Memang gila dek akalnya.

Haura pun tidak pernah menyangka bahawa dia akan melakukan perkara yang mencabar itu pada malam ini. Niatnya mahu menggoda Lutfi dengan tidak henti-henti sehingga Lutfi akan mengalah dengan nafsunya sendiri. Haura duduk di birai katil sambil menunggu Lutfi menyelesaikan kerja pejabatnya di luar dan masuk ke dalam bilik. Sementelahan itu, Haura sedang menyapu losen di kakinya.

Lutfi akhirnya menjejaki bayangnya ke dalam bilik. Dia tidak terfikir pun apa yang sedang dilakukan Haura. Dirinya menjadi tidak keruan saat menatap Haura dengan pakaian yang mempesonakan matanya dan gerak-geri Haura yang sengaja menggodanya. Haura menguntum senyuman nakalnya ke arah Lutfi yang masih terpacak pegun memerhatikannya.

Lutfi terkesima. Dia hilang tuturnya. Berulang kali halkumnya bergerak kerana menelan air liur perit. Tipulah jika dia tidak tergoda mahupun timbul perasaan syahwatnya sebagai seorang lelaki. Namun sedaya upaya dia mengawal dirinya agar tidak melayan. Lutfi terus memanjat ke atas katil. Lutfi tidur secara membelakangi Haura tanpa berinteraksi lagi.

Haura berdecit. Lutfi hanya mengabaikan dirinya seolah dia patung tidak bernyawa. Terasa maruahnya dicalar. Terasa dirinya bagai dihina. Adakah penampilannya tidak cukup menarik? Adakah dirinya tidak mampu membuatkan Lutfi tergoda? Tidak semenanya tangisannya mengugat untuk pecah. Namun dia tidak boleh beralah. Dia perlu meneruskan rancangannya.

Haura menyeru Lutfi sambil memegang bahunya. Lutfi yang kaget itu segera bangun menyandar kepala di kepala katil. Intonasi Haura sengaja dilentok bagi menambahkan kehangatan yang ada dalam diri Haura itu. Lutfi makin terangsang. Goyah keimanannya begini. Namun dia sekadar bungkam dan menatap wajah Haura.

"Did I teasing you my husbaby?" Jemari Haura bermain ligat di dada Lutfi bagi menarik perhatiannya. Sentuhan Haura membuatkan Lutfi lemah. Semakin tidak sekata debaran di dadanya.

"Please Haura. I'm tired and I want to sleep" Spontan Lutfi menolak tangan Haura di dadanya membuatkan Haura tersinggung. Sekonyong-konyongnya Lutfi menolak dirinya?

"Awak kenapa Lutfi? Apa salah saya? Memang awak benci saya ke? Awak tak ikhlas kan dengan saya? Kenapa awak teruskan perkahwinan ni lagi?" Bertalu-talu pertanyaan Haura keluar sama dengan ketidakpuasan di hatinya.

"Stop thinking the nonsense things Haura Adelia. Saya ikhlas kahwin dengan awak. Saya tak benci awak pun" Lutfi memberi ulasnya sendiri.

Haura mendengus geram. Tiada balasan suara lagi daripadanya. Hanya makin menambah rajuknya. Tangan disilang di dada. Lidah menolak isi di dalam mulut ke hujung pipi seperti selalu dia lakukan ketika protes.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now