HUJUNG MINGGU, Haura membawa Lateeq bersiar ke pusat membeli-belah. Beginilah peluang yang diambil Haura untuk meluangkan masa bersama Lateeq. Haura membelanjakan pakaian baharu untuk Lateeq. Sekurangnya dia dapat merasakan perasaan seorang ibu yang memilih dan membeli pakaian untuk anak memandangkan dia tidak pernah mengambil tahu tentang itu dahulu. Haura juga membawa Lateeq menikmati ais krim Baskin Robbins.
Lateeq meminta Haura membawanya ke KidZania. Haura hanya melayan kehendak anaknya itu asalkan anaknya itu gembira. Setelah puas bermain hingga lewat petang di situ, mereka berdua pulang. Haura mahu menempah Grab Car di talian. Dia enggan mahu memandu kereta sendiri. Tambahan perlu menghadap kesesakan lalu lintas ketika hari cuti begini.
"Haura?" Satu suara menegur. Haura mengangkat wajah dari telefon ke tubuh lelaki yang sedang berdiri tersenyum menghadapnya. Lateeq hanya diam di samping Haura.
"Doktor Luthraz?" Haura agak tergamam kerana terserempak dengannya.
Kali terakhir Haura bertemu dengan Doktor Luthraz ketika Doktor Luthraz membawa Haura ke hospital. Sewaktu itu Haura disahkan hamil. Doktor Luthraz tidak terkata ketika itu. Di situ juga Haura mengaku bahawa dia sudah berkahwin.
Selepas kejadian itu, Haura tidak berhubung dengan Doktor Luthraz lagi. Mereka memutuskan hubungan. Malahan Haura menyekat segala media sosial berkaitan Doktor Luthraz dengannya.
"Ya Allah, tak sangka kita dapat berjumpa semula. Lama saya cuba mencari Haura selepas kes yang lalu tu" Doktor Luthraz berkata.
"Kes yang lalu? Janganlah ingatkan lagi doktor. Lawak bila Haura kenangkan" Haura tergelak kecil.
Haura teringat dia juga ada mengaku hal sebenar kepada doktor Luthraz selepas disahkan hamil itu tentang Haura sebenarnya bukan bergaduh dengan rakan sehingga ditinggal di tepi hentian bas namun sengaja melarikan diri daripada Lutfi.
"Biasalah zaman remaja kan? Banyak beremosi dan tak dapat buat tindakan dengan memikir panjang" Balas Doktor Luthraz tersenyum.
Haura di situ sudah berasa janggal untuk terus berinteraksi dengan Doktor Luthraz. Ingin saja dia beredar.
"Eh ini anak Haura ya?" Doktor Luthraz perasan akan Lateeq yang menyembunyikan diri di belakang Haura itu.
Haura tidak membuat tanda akui kerana takut disedari oleh Lateeq. Haura sekadar menyuruh Lateeq menyalami Doktor Luthraz.
"Suami Haura mana?" Doktor Luthraz menyoal. Dia tidak tahu pun apa yang terjadi lagi tentang Haura setelah Haura menyekatnya dari setiap media sosial.
Berubah riak wajah Haura menerima soalan tersebut. Bagaimana dia perlu menjawab? Haura menggeleng kepala mengharapkan Doktor Luthraz memahami tanda tersebut.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Lãng mạn❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...