𝟎𝟐𝟔 | 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐍𝐕) ✓

1.5K 77 11
                                    

SUNYI basi bahagian wad kecemasan yang disinggahi mereka malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUNYI basi bahagian wad kecemasan yang disinggahi mereka malam itu. Namun tidaklah lenggang mana di koridor wad kecemasan itu kerana ada perawat dan atendan dalam keadaan tergesa-gesa menolak katil pengusung troli ke salah satu bilik kecemasan. Kelihatan gerangan yang sedang terlantar itu dalam keadaan cedera parah.

Haura tidak punya idea apatah lagi terlintas di kotak fikirannya dengan tujuan mereka bertandang ke situ selepas pulang saja dari kampung Datin Lydia. Cuma dia sekadar mengingati akan pesanan Lutfi untuk bersedia dan tabah menghadapi apa pun situasi mereka selepas ini.

Dari jauh, tampak kehadiran Puan Haslina bersama abang Hafreez menunggu di koridor tersebut. Abang Hanafee bersama isterinya pula tidak turut hadir sekali. Derapan kaki Haura bersama yang lain segera melencong ke arah mereka. Masing-masing hanya membisu dan memberi pandangan. Puan Haslina dan Haura pula saling mencerlung tajam. Masih tersemat dendam dan rasa sebal dalam sanubari masing-masing.

Haura menjongket kening memandang abang Hafreez agar dijelaskan apa yang berlaku. Kenapa mereka perlu berada di situ? Siapa yang sedang ditahan di dalam wad kecemasan? Adakah salah seorang daripada keluarga mereka? Abang Hanafee? Baguslah juga. Aman, bahagia, ceria, damai dan sentosa hidupnya selepas ini.

"Mana daddy?" Haura menjadi pemula suara dengan memberi pertanyaan.

Baru Haura tersedar dan terfikir akan gerangan Tuan Arshad yang tidak kelihatan di situ. Tidak terdetik jikalau bapanya itu yang berada di dalam wad kecemasan.

"Daddy ada dalam ICU" Abang Hafreez menghela nafas berat selepas menjawab. Pandangan yang dilemparkan juga agak terbeban kerana perlu melibatkan Haura.

Haura hilang diksi sejenak. Tercengang. Entah kenapa hati dan emosinya jatuh merundum secara mendadak. Sedangkan sebelum ini, dia bukan kisah pun tentang Tuan Arshad. Sanggup dia membiarkan tanda baca saja di setiap pesanan mesej What's App Tuan Arshad. Dia juga sanggup menengking kehadiran Tuan Arshad di rumahnya yang mahu memujuknya.

"Kat dalam? Kenapa dengan daddy?!" Naik seoktaf balasan suara Haura.

Lutfi di sebelahnya sudah mengusap bahu Haura agar memberinya tenang sedikit dan menyuruh Haura mengawal suara yang seakan halilintar menyambar itu. Dato Uzair, Datin Lydia serta Ulyana sudah mengambil jarak jauh untuk duduk selepas bertanya khabar dengan Puan Haslina tadi. Mereka memberi masa kepada Lutfi dan Haura untuk terus berbual dengan abang Hafreez. Puan Haslina pula masih mendiamkan diri. Memang tidaklah dia mahu menjawab pertanyaan Haura apatah lagi menatap wajah Haura itu.

Menyakitkan hati saja!

"Daddy baru lepas kena bedah. Jadi daddy dalam keadaan koma sekadang" Jelas abang Hafreez dengan tenang.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now