❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈
𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞
📌 Complete || New Version
📌 known as The Stoical Love
Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TURUN saja dari kereta Puan Haslina, Herissa terus terkedek-kedek ke arah Dato Uzair tanpa menghiraukan Datin Lydia di pintu rumah itu. Tiga hari sebelum ini, Herissa menetap bersama Puan Haslina sementara Lutfi dan Haura berbulan madu di Turkey. Berbaki lagi empat hari merupakan giliran Dato Uzair dan Datin Lydia pula yang akan menjaga Herissa. Bukan mereka tidak mahu menghantar ke rumah pengasuh namun mereka yang rela hati mahu menjaga Herissa. Kesian Herissa ya? Tak dibawa bercuti bersama. Lagi kesian. Nanti Herissa bakal dapat adik. Habislah! Daddy dan mommy akan melupakan Herissa.
"Amboi, Herissa ni! Bukan nak salam nanny dulu. Asyik ke atuk ja dia" Datin Lydia bercekak pinggang sambil membebel kepadanya.
Herissa membuat wajah takut sejurus mengadu kepada Dato Uzair yang sudah memeluknya itu. Datin Lydia mengguling bola matanya. Dahulu anak perempuan yang merampas takhtanya. Kini cucu perempuan pula? Mengalah sajalah.
Puan Haslina tergelak kecil dengan drama mereka. Bingkas Puan Haslina menjejaki ke dalam rumah selepas dipelawa oleh Datin Lydia. Malah Luth, Fatiya dan Deryll juga ikut sekali kerana dijemput Datin Lydia untuk makan petang. Mereka mengambil tempat di ruang tamu. Deryll pula tersimpul malu seperti kucing jumpa ikan di hujung sofa. Niatnya mahu berjumpa dengan Ulyana namun tidak kelihatan. Tiada di rumah agaknya?
"Eh aunty baru perasan Deryll ada sekali" Datin Lydia ramah menyapa Deryll.
"Tak boleh ke Deryll datang? Maaflah, Deryll datang tak dijemput" Deryll bernada segan. Memang dia tidak diundang pun. Namun dia yang beria mahu mengikuti apabila Luth memberitahunya mahu menyinggah ke rumah keluarga Lutfi.
"Eh boleh lah. Kenapa pula tak boleh? Aunty anggap Deryll macam keluarga juga" Balas Datin Lydia ikhlas.
Ironinya Deryll tersengih dengan riang. Bahkan dengan raut wajah yang berlagak. Dengar tu semua! Datin Lydia menanggapnya seperti keluarga. Mudahlah dia mahu menjadi menantu kan?
"Alah mak lang takkan tak tahu? Sebenarnya Deryll ke sini nak tengok Ulyana" Luth menyampuk bagi mengusik Deryll yang sudah cemas itu. Apakah? Rahsianya dibongkarkan begitu saja? Malulah begini. Mana mahu meletak wajah yang tampan ini?
"Ulyana ada kat atas" Jawab Datin Lydia tersenyum. Deryll yang mendengar adanya Ulyana membuatkan dia sengih kembali. Ada harapan mahu bertemu.
Datin Lydia, Puan Haslina dan Fatiya bergerak ke dapur selepas mereka berbual kosong itu. Tinggal lah Luth, Deryll serta anak Luth dan Fatiya yang baru berusia 2 tahun di situ. Herissa dan Dato Uzair memang tiada kerana Dato Uzair membawa Herissa ke kedai.
"Weh Deryll, kau betul ke sukakan Ulyana tu?" Luth mengambil peluang untuk mencungkil.
"Salah ke kalau Deryll nak suka?" Deryll menjongket kening.