𝟎𝟐𝟐 | 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 (𝐍𝐕) ✓

1.3K 74 18
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" - Surah al-Baqarah : 190╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═══...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" - Surah al-Baqarah : 190
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

LUTFI menamatkan pemanduan kereta di parkir usai tiba di kampung halamannya kembali. Lutfi memandang ke tempat penumpang di sebelahnya. Haura tersengih sambil menatap telefon.

"Saya baru perasan yang awak tak tidur dalam kereta hari ni. Selalunya naik ja kereta, terus tidur" Lutfi berkata sejurus membuka tali pinggang keledar untuk Haura.

"Kau patut bersyukur lah aku teman kau memandu" Haura memandang Lutfi tanpa reaksi.

"Mestilah. Thanks sweetheart" Lutfi menguntum senyumannya.

Haura kembali ke skrin telefonnya. Kendatipun mereka sudah tiba di kampung kembali, tiada langsung gaya Haura untuk turun dari kereta.

"Awak tengah senyum apa kat telefon tu? Tengok gambar boyfriend lama ke?" Sengaja Lutfi menyoal.

"Haah. Handsome pula boyfriend lama ni" Haura menjawab selamba.

Padahal Haura sedang membelek gambar mereka bersama di tempat ais luncur tadi. Dia sendiri pun tidak menyedari bahawa dia boleh tersengih sebegitu. Lutfi mencebik hampa. Suami tampan lagikan segak di sebelah pun, mahu mengenang kekasih lama pula.

"Eleh kau ni! Buat cemburu pula. Tak macho lah" Jari telunjuk Haura menekan pipi Lutfi. Kemudian dia menuruni dirinya dari kereta tanpa memujuk Lutfi lagi.

Lutfi tetap tersenyum. Giliran dia pula menuruni kereta lalu mengambil barangan di bonet. Walau kesemua barangan tersebut akan dimasukkan ke dalam bonet semula tapi Lutfi tetap membawanya ke bilik mereka. Mana tahu Haura mahu mengemasnya sekali di dalam bagasi.

Setapak Haura melangkah ke kawasan beranda. Tiga mulut puaka sedang menujah suara ke gegendang telinganya. Haura kekal selamba. Sengaja juga dia melengahkan langkahnya agar dia dapat mendengar setiap sindiran dari tiga mulut puaka itu.

"Balik dah perempuan sombong tu mak su" Abang Fariz berkata. Sengaja dia menggunakan loghat biasa dan menguatkan suaranya agar Haura mendengar.

"Dah petang baru reti nak balik. Nampak sangat nak mengelak tak nak makan sekali dengan kita" Kak Nasrin menyambut dengan mengutuk Haura. Mata turut mengerling Haura atas dan bawah.

"Sebab tu dia keluar lama-lama. Memang tak lah dia nak makan sekali atau borak dengan kita semua. Dah lah kaki pengikis. Kau tengok Lutfi angkut semua barang dia tu" Mak Su Laily membalas sambil menunjuk Lutfi yang sedang membawa kesemua barangan Haura dari bonet kereta.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now