╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Tidak halal bagi seorang wanita keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia keluar rumah tanpa izin suaminya, berarti ia telah berbuat nusyuz (derhaka), bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta layak mendapat hukuman"
- Majmu' Fatawa : 32/281
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝LUTFI menekan skrin komputer kasir selepas pelanggan di hadapannya itu membuat pesanan serta pembayaran. Lutfi bekerja di sebuah kafe makan yang mensajikan menu barat dan pastri sebagai pekerjaan separuh masanya di hujung minggu. Kadang di minggu sekolah pun, Lutfi turut hadir bekerja. Lutfi bekerja secara rahsia. Tiada sesiapa pun yang mengetahui.
Pendapatan yang diperolehi ala kadar. Bolehlah dibuat wang nafkah untuk Haura. Walau keluarga mereka ada memberi pembelanjaan untuk menanggung mereka namun Lutfi tetap mahu memberi wang pembelanjaan kepada Haura melalui hasil peluhnya. Lagipun dia tidak mahu mengharapkan wang pembelanjaan dari keluarga mereka semata-mata. Apa salahnya dia bertanggungjawab sendiri kan?
Lutfi memandang pelanggan seterusnya yang berdiri di hadapannya untuk membuat pesanan. Alangkah tergamamnya saat melihat Haura bersama seorang lelaki di sampingnya itu. Cemburu mula mengusai hati. Luluh apa yang dirasanya.
Haura keluar tanpa memaklumkan kepadanya. Sudahlah berduaan bersama seorang lelaki. Jantungnya laju berarus detak. Lutfi terdiam. Pergerakannya terkaku. Matanya tepat memandang Haura yang sudah melarikan pandangan.
'Mamat ni buat apa pula kat cafe ni? Berkerja sini? Sejak bila pula dia bekerja?' Haura bermonolog di hatinya. Dia turut tercengang setelah menyedari Lutfi di hadapannya itu.
Perasaan tenang dan teruja Haura mula bercanggah. Berselirat dengan pelbagai rasa. Janggal. Serba salah. Muram. Raut wajahnya hanya kosong terpancar.
"Haura, nak apa sayang?" Lelaki di sebelah Haura itu menyoal sambil membelek menu untuk memesan.
Lutfi berpura-pura sibuk dengan skrin di hadapannya walhal jelas telinganya menangkap bait panggilan lelaki itu kepada Haura. Sayang? Ya Allah! Dugaan apakah ini? Adakah lelaki tersebut merupakan kekasih hati Haura? Takkanlah Haura curang di belakangnya? Namun dia masih tegar dengan tabah dan tenang. Dia tidak boleh terus syak wasangka tanpa menyelidik.
"Apa-apa ja lah" Balas Haura mendatar. Langkahnya terus mengorak ke meja yang kosong untuk mengambil tempat dahulu.
Lelaki yang bersama Haura itu berkerut semenjana memerhatikan ekspresi Haura yang berubah mendadak itu. Lantas dia membuat pesanan menu. Lutfi dengan mesra melayani kehendak pelanggan tersebut. Senyuman sentiasa mengiringi walau hati sudah berkecai hancur.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...