𝟎𝟎𝟔 | 𝐀𝐊𝐔𝐑 (𝐍𝐕) ✓

2.1K 106 16
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al Baqarah: 216

╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

SELEPAS pulang dari rumah keluarga Haura yang telah membongkarkan kebenaran di sebalik kejadian antara Lutfi dan Haura, Datin Lydia lebih bersikap tenang dan sedia untuk bermanis muka semula dengan Lutfi. Datin Lydia sedar tiada guna juga dia memarahi Lutfi lama-lama. Lutfi itu tetap anaknya. Lagipun dia sudah memaafkan Lutfi.

Usai solat jemaah mereka sekeluarga, Lutfi berpaling tubuh untuk menyalami Dato Uzair dan Datin Lydia. Lutfi tetap mencuba untuk bersalaman dengan Datin Lydia walau sebelum ini Datin Lydia mengelak. Namun kali ini, Datin Lydia mesra menyambut. Lutfi sedikit tergamam bercampur rasa terharunya.

"Mama dah maafkan Lutfi?" Lutfi senyum terharu.

"Mama sentiasa maafkan anak mama. Cuma mama terlalu kecewa sebelum ni. Mama takkan buang dan benci anak mama" Datin Lydia tersenyum diselangi rasa sebak di dada.

"Terima kasih sebab sudi maafkan Lutfi walau Lutfi sudah menconteng arang di wajah papa dan mama. Terima kasih sebab tak buang anak mama yang banyak khilaf ini" Lutfi menumpahkan tangisannya dari tubir mata.

Memang ibu bapanya sudah mengetahui Haura yang merancang kejadian itu namun Lutfi juga bersalah kerana membiarkan kejadian itu berlaku disebabkan rasa cinta dan nafsu yang hadir.

"Tidak ada satu manusia pun yang tidak membuat khilaf. Tidak ada satu manusia pun terlari dari ujian dan dugaan. Sesungguhnya Allah tidak membebani hambanya melainkan kemampuannya. Sentiasalah berusaha membaiki diri dan berbalik kepada jalan yang benar" Datin Lydia membuahkan bicaranya. Lutfi tersenyum. Syukur Datin Lydia masih sudi menasihatinya dengan baik.

"Lutfi betul nak bernikah dengan Haura?" Datin Lydia memberi pertanyaan.

"Kenapa mama tanya? Mama tak percayakan Lutfi?" Lutfi sedikit musykil.

"Perkahwinan bukan sekadar berlandaskan cinta dan nafsu. Namun tanggungjawab dan ilmu agama yang penting. Jika kita kukuhkan diri dengan ilmu agama tentu kita tahu tanggungjawab kita untuk urus dan iring rumahtangga ke jalan Allah" Datin Lydia memberi gagasannya. Lutfi mengangguk setuju.

"Dalam kalangan manusia itu ada yang diberi kelebihan untuk menjadi pemimpin. Dikurniakan ilmu agama yang lebih baik dari orang sekeliling bukan untuk bermegah atau hanya disimpan seorang diri. Tapi untuk berkongsi dan membentuk orang lain juga" Dato Uzair mencelah pula dengan diksi yang penuh tersirat namun kedengaran indah jika difahami.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now