╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Tidak disebut insan beriman pada manusia yang suka mencela, melakukan perkara keji dan bercakap kasar serta kotor" - Sabda Rasulullah SAW
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝
SINAR mentari masih setia menembusi jendela walaupun sudah menjelang waktu Zohor. Haura membuat kemasan terakhir pada selendang berfabrik satin di kepalanya sebelum turun ke bawah.
"Haura sayang, dah siap ke?" Lutfi menyeru dari luar bilik.
Lutfi bersiap lebih awal dan keluar ke bawah dahulu berbanding Haura yang baru saja bersiap. Haura menguak pintu bilik setelah dipanggil. Minyak wangi bauan citrus campuran vanila dari jenama Yves Saint Laurent itu sempat disemburkan pada seluruh pakaian.
"Eh sweet lah kita hari ni. Sedondon warna baju" Lutfi tersengih setelah menyedari pakaian kurta berwarna soft brown di tubuhnya sama warna dengan Haura yang memakai knitwear Ralph Lauren berwarna soft brown. Haura padankan bersama skirt satin hitam.
Jangan ditanya mengapa Haura tidak memakai baju kurung atau jubah pada hari ini. Mana lah dia membawanya. Lutfi tidak memberitahu pun kepadanya bahawa akan ada majlis sebegini. Bila sudah tiba ke kampung, baru Lutfi memaklumkan. Mujur ada skirt. Nampak lah sopan juga.
"Apa ni?! Tak suka! Tak suka! Aku nak tukar baju!" Haura merungut. Dia mahu mengundur tapak ke dalam bilik semula.
"No need Haura sayang. Okay apa sedondon? Baru orang tahu awak isteri saya dan saya suami awak" Lutfi menahan Haura dari bergerak itu.
"Sweet nampak anak menantu mama hari ni. Pakai baju warna sama" Datin Lydia yang baru melintasi keluar dari biliknya itu menegur mereka. Haura menayang senyuman kekok.
"Haura yang suruh sedondon mama" Lutfi menjawab sambil melirik mata ke arah Haura. Mata Haura sudah menjegil ke arahnya. Pandai-pandai saja Lutfi itu!
"Eyy! Gedik kan kau!" Haura mencubit pinggang Lutfi.
ᥫ᭡
KHEMAH di halaman rumah kampung Lutfi sudah dipenuhi dengan tetamu yang bertandang. Pelbagai hidangan dijamu untuk tetamu. Kenduri akikah yang agak besar juga dikiranya. Siap ada kambing bakar. Di dalam rumah pula, ada kumpulan marhaban. Majlis akikah ini sempena kelahiran anak kepada kak Nasrin yang sudah genap tiga bulan. Tangan Haura memaut lengan Lutfi bagi memastikan Lutfi tidak bergerak ke mana. Mata mereka fokus memerhatikan acara tahnik yang sedang dilakukan.
"Awak tak suka bayi ke?" Sengaja Lutfi menyoal bila ditilik raut wajah Haura yang seakan mencemuh dengan acara tersebut.
"Kalau tak comel, tak suka lah" Mudah dan selamba Haura menjawab.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romantizm❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...