𝟎𝟐𝟗 | 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 (𝐍𝐕) ✓

1.6K 75 5
                                    

BERBOLAK-BALIK hati Lutfi ada sama dia perlu memberitahu perkara sebenar kepada keluarga Haura atau tidak bahawa Haura menghilangkan diri hampir kian seminggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERBOLAK-BALIK hati Lutfi ada sama dia perlu memberitahu perkara sebenar kepada keluarga Haura atau tidak bahawa Haura menghilangkan diri hampir kian seminggu. Dia tidak mahu membuat keluarga Haura bertambah rungsing. Sedia maklum, mereka tentunya sedang memikirkan keadaan Tuan Arshad yang masih koma di katil hospital.

Hanya Luth yang menerima makluman itu. Dato Uzair dan Datin Lydia turut gusar dengan kehilangan Haura secara mengejut itu. Sudahlah mereka tidak dapat mengesan langsung keberadaan Haura walau tiap hari mencarinya. Mahu berhubung melalui telefon tetapi Haura masih mematikan telefon pintarnya. Mereka membuat keputusan untuk melaporkan kepada pihak polis.

Panjang keluhan yang dihelakan oleh Lutfi selepas saja pulang dari solat jumaat petang itu. Jiwanya tidak tenteram. Diri masih tidak tenang selagi Haura menghilang tanpa khabar. Belum pernah lelah untuk mencari Haura dan menanti Haura kembali. Pelbagai persoalan juga sering kemuncak di fikirannya. Kenapa Haura menghilangkan diri secara tiba-tiba? Haura terkilan dengannya? Ke mana Haura pergi selama Haura menghilang? Haura selamat? Haura dengan siapa?

Deringan telefon di meja menarik perhatian Lutfi dari terus termangu. Tanpa teragak-agak Lutfi mengangkat panggilan tersebut walhal nombor yang tertera di skrin telefon tidak dikenalinya.

"Lutfi─" Seru seseorang di sebalik panggilan tersebut.

"Haura?! Ini awak ke?" Lutfi tergamam.

Dalam masa yang sama, melegakan hatinya kerana dapat mendengar kembali suara Haura setelah beberapa hari menghilang. Lutfi juga tidak terfikir nombor empunya siapa yang digunakan Haura untuk mendailnya.

"Jumpa aku di tempat terakhir kita berjumpa" Pesan Haura senada. Bagai tiada apa yang berlaku. Haura terus menamatkan panggilan tanpa sempat Lutfi membalas lagi.

Lutfi tersenyum. Syukur dipanjatkan ke atas Ilahi. Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan yang menyinggahnya kini. Lega. Teruja. Berkobar-kobar tidak sabar mahu berjumpa Haura. Penat menanggung rindu dan resah semenjak Haura menghilang malam itu.

ᥫ᭡

KELAM-KABUT langkah Lutfi mengorak ke tempat terakhir Haura menghilang pada malam itu. Dia takut sekiranya kehadirannya lambat bertandang hanya akan membuat Haura tersinggung. Kemudian, Haura menghilang lagi. Jenuh dia mahu mencari Haura semula. Motif Haura untuk berjumpa kembali di situ pun tidak diketahui.

Benak hati tiba-tiba tidak nyaman terasa. Fikiran negatif sedang berlegar. Mana tahu sekiranya Haura bertemu dengannya bersama lelaki lain di samping? Kemudian Haura menyuruhnya menceraikan Haura? Segera butiran istighfar terluncur keluar dari mulut bagi membuang firasat buruknya.

Haura akhirnya memunculkan dirinya di hadapan Lutfi setelah lama Lutfi terpacak menantinya. Haura datang seorang diri dengan dihantar oleh Luthraz. Haura memberi alasan kepada Luthraz bahawa ada saudara mara Haura yang sakit di hospital tersebut. Jadinya keluarga Haura turut berada di situ. Senanglah Haura terus berjumpa mereka. Tidak usahlah Luthraz perlu menghantar Haura sehingga ke rumah yang dikatanya jauh itu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now