╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Dan janganlah engkau memalingkan wajahmu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri"
- Surah Luqman : 18╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝
MATAHARI sudah terpacak tegak di atas kepala. Menandakan waktu tengah hari menjengah. Sinaran yang dipantulkan matahari juga menyuluh sehingga ke dalam bilik di sebalik tirai yang menutupi tingkap. Sebujur tubuh yang nyenyak dibuai lena baru menyedarkan diri dari katil. Segera tubuh yang masih terliuk itu membawa langkah untuk mencuci wajah dan menggosok gigi dahulu sebelum mendapatkan jamahan tengah hari di bawah.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Haura Adelia untuk bangun semasa tengah hari setiap kali di hujung minggu dan waktu cuti. Kadang kala sehingga ke petang, baru dia ada kesedaran untuk bangun.
Haura juga sudah lali mendapat leteran Puan Haslina tatkala dia bangun lewat. Dia sedikit pun tidak mengendahkan. Haura tetap Haura. Bangun lambat. Tidak pernah buat kerja rumah. Akan dibela dan dimanjakan oleh Tuan Arshad. Meminta duit. Kemudian berboros untuk membeli-belah.
Namun lain untuk hari ini, Puan Haslina tidak membebel kepada Haura kerana sibuk berbual bersama Tuan Arshad di ruang tamu. Haura sempat mengumping telinga akan perbualan ibu bapanya itu semasa melintasi mereka untuk ke dapur.
"Daddy dan mummy nak pergi Singapura? Buat apa?" Haura mencelah perbualan Tuan Arshad dan Puan Haslina dengan pertanyaan.
"Kitaorang ada urusan di sana. Haura tak perlu ikut. Pergi sekolah macam biasa" Jawab Puan Haslina membuatkan Haura bereaksi tidak peduli langsung jika tidak dibenarkan mengikuti mereka.
"Macam lah Haura nak ikut sangat. Singapura ja pun. Nanti Haura dah kerja, Haura pun boleh pergi sendiri lah" Jawab Haura dengan angkuh. Mimik wajah juga tidak terkecuali. Penuh berlagaknya.
"Kalau menjawab tu biar beradab sikit boleh tak Haura Adelia?" Puan Haslina menegur dengan geram.
Tuan Arshad lekas memberi isyarat mata agar Puan Haslina tidak mengkeruhkan keadaan. Bukan dia tidak tahu isteri dan anaknya itu suka bertengkar mulut.
Haura sedikit pun tidak terkesan dengan pertuturan Puan Haslina. Malah dia melemparkan jelingannya sebelum meneruskan langkah ke dapur untuk menjamah makan tengah hari.
"Nanti Haura tumpang rumah Dato Uzair dan Datin Lydia sementara daddy dan mummy pergi sana ya?" Tuan Arshad berkata membuatkan langkah Haura terbejat. Tubuhnya berpaling dengan mengejut ke arah ibu bapanya di ruang tamu itu.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...