𝟎𝟐𝟖 | 𝐇𝐄𝐋𝐀𝐇 (𝐍𝐕) ✓

1.4K 77 14
                                    

ENGGAN sekali untuk Haura meninggalkan katil empuk yang menjadi tempat beradunya pagi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ENGGAN sekali untuk Haura meninggalkan katil empuk yang menjadi tempat beradunya pagi itu. Namun terpaksalah juga Haura bangun dan membersihkan diri sebelum turun ke bawah. Menumpang rumah orang kan? Kenalah beradab. Tiba-tiba pula Haura Adelia pandai beradab.

Haura melangkah ke tingkat bawah selepas membersihkan diri dan menggantikan pakaian baru di tubuhnya. Semuanya disediakan oleh pembantu rumah. Kemungkinan juga pakaian yang digunanya itu milik adik perempuan Luthraz. Adik perempuan Luthraz itu sedang berada di tempat pengajian universiti.

Haura menjengah ke ruang dapur. Hanya terlihat Datin Kina bersama pembantu rumah sedang menyiapkan juadah tengah hari. Luthraz tidak kelihatan sekali. Tentulah Luthraz sedang bekerja. Mulalah getus hati Haura teringin mahu mencungkil tentang peribadi Luthraz itu daripada Datin Kina.

"Umi, Haura minta maaf. Haura bangun lambat. Sudahlah Haura tak bantu umi masak pun" Bersungguh-sungguh Haura berlakon penuh rasa bersalah. Siap dipeluknya lengan Datin Kina itu. Tertangkap tawa kecil Datin Kina.

"Tak apa lah Haura. Umi tak kisah pun. Haura kan penat. Lagipun Haura tetamu. Mana ada tetamu masuk memasak kat dapur ni"

"Tapi Haura tetap rasa bersalah. Haura sudahlah menumpang di sini. Kenalah balas jasa umi dan Luthraz" Haura mengebil mata lagak comelnya.

"Tak apa, Haura boleh balas jasa umi dan Luthraz dengan cara lain" Datin Kina tersengih seakan ada yang tersirat. Haura tersimpul malu.

'Dia nak ambil aku jadi menantu ke?' Omel hati Haura yang sudah miang keladi itu. Dasar tidak mengingati suami sendiri yang resah mencarinya.

"Eh Luthraz mana umi?" Haura berpura melingas mata mencari figura Luthraz sedangkan dia mengetahui Luthraz tentunya berada di tempat kerja.

"Luthraz kat tempat kerja dia lah" Datin Kina menjawab sambil memberi suapan sudu kecil ke dalam mulut Haura untuk Haura merasai masakan Datin Kina sebelum dihidangkan.

Haura membuat reaksi teruja. Diangguk kepalanya menandakan enak akan masakan tersebut. Seakan sudah akrab hubungan mereka berdua.

"Luthraz akan balik ke waktu lunch?" Haura meneruskan soal siasatnya.

"Jaranglah Raz tu nak balik makan tengah hari di rumah. Dia sibuk dengan kerjanya" Balas Datin Kina tersenyum.

"Luthraz kerja apa sebenarnya? Haura segan nak tanya dia sendiri" Haura tersenyum segan dengan pertanyaannya. Datin Kina sekadar menghadiahkan senyuman tanpa menjawab. Menjadi tanda tanya buat Haura.

Menempah juga rasa tidak puas hati Haura selagi dia tidak mendapat jawaban. Akhirnya Haura memilih untuk mengajukan bicaranya kepada pembantu rumah keluarga Luthraz itu.

ᥫ᭡

TERMANGU sejenak pandangan Haura yang berlatarkan kolam renang di matanya. Haura berada di ruangan melepak di dalam kediaman keluarga Luthraz itu. Pelbagai perkara yang berlegar di fikirannya. Baik perkara pahit mahupun manis. Jika disebutkan tentang perkara manis, Haura terkenang akan momen di meja makan tadi. Datin Kina mengusik Luthraz dengan dirinya. Siapa sangka Luthraz itu pulang menjamah selera tengah hari di rumah sedangkan Luthraz itu kebiasaannya terlalu sibuk menggalas pekerjaannya.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now