𝟎𝟏𝟖 | 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐈𝐍𝐆 (𝐍𝐕) ✓

2K 79 24
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗"Barang siapa bersabar terhadap sikap (kurang baik) isterinya, maka Allah akan memberikan pahala kepadanya seperti pahala yang diberikan pada Nabi Ayub As" - Sabda Rasulullah SAW╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Barang siapa bersabar terhadap sikap (kurang baik) isterinya, maka Allah akan memberikan pahala kepadanya seperti pahala yang diberikan pada Nabi Ayub As" - Sabda Rasulullah SAW
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

ANTERICA mall. Luth dan Haura bersiar di situ sambil membeli belah. Luth yang membelanjakan kesemua kehendak Haura. Lebih suka Haura itu dapat memboros. Bahkan pula Luth tidak mempedulikan apa jenis pakaian atau barang yang dipilihkan. Dibandingkan dengan Lutfi ketika mereka membelah belah bersama tempoh hari. Lutfi cerewet akan setiap pilihannya. Tidak membenarkan dia membeli baju begitu lah, begini lah. Katanya tidak sesuai untuk perempuan bertudung memakainya. Argh! Lutfi itu kolot!

Tetapi hairan juga sebab Lutfi itu tahu berfesyen untuk diri sendiri. Pakai kemeja dan dimasukkan ke dalam seluar slack. Pakai baju knit polo. Pakai baju half zipper polo. Pakai sweatshirt. Pakai outer jacket. Semuana gaya old money dan casual. Namun bila dirinya yang mahu berfesyen, semua mahu ditentang. Takkanlah dia mahu memakai jubah 24 jam pula?!

"Haura, kau masih tak ada rasa sayang ke pada suami kau?" Luth sengaja mengemukakan tentang itu walhal dia sudah tahu jawabannya kerana Haura sendiri pernah memberitahunya.

"Kau ni nak kena siku ke? Aku ni benci dia! Tak adanya nak sayang ke cinta ke rindu!" Haura mendengus geram.

"Suami kau tu baik tahu? Kau patut rasa bersyukur dan beruntung dijodohkan dengan lelaki baik. Aku tengok dia pun handsome juga. Kau ja yang banyak memburukkan dia pada aku masa kita face time dulu. Aku ingat apa yang kau cerita betul tapi bohong rupanya" Luth membalas.

Benar dusta belaka apa yang Haura menyampaikan kepada Luth sebelum ini. Luth pun bulat-bulat mempercayai Haura yang sengaja menampakkan Lutfi seorang lelaki yang terhina di mata insan lain.

"Kau jangan spoil mood aku boleh tak Luth?! Aku ni nak shopping. Yang kau sibuk nak bercakap pasal dia tu kenapa? Kau menyebelahi dia?" Mencerun tajam pandangan yang Haura lemparkan. Hatinya meradang panas.

"Aku bukan nak menyebelahi mana-mana pihak lah. Aku cuma pelik lah kenapa kau benci sangat dengan suami sendiri? Dia tu baik ja aku tengok. Bagus dalam agama pula. Mana kau nak cari lelaki macam tu ketika usia 17 tahun? Lelaki lain waktu usia kita ni, hanya fikirkan nafsu semata" Luth agak kagum akan Lutfi setelah pertama kali dia berbual dengan Lutfi tadi.

Lagipun Lutfi seorang lelaki yang sangat matang baginya. Tidak baran terhadapnya yang sudah membawa keluar isteri orang itu. Tapi entah mengapa sepupunya itu masih ego untuk membuka mata dan hati terhadap Lutfi.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now