𝟎𝟎𝟖 | 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 (𝐍𝐕) ✓

2.1K 114 33
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗"Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah ia yang memiliki akhlak terbaik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah ia yang memiliki akhlak terbaik. Yang terbaik diantara kalian adalah yang terbaik akhlaknya kepada pasangannya"
- HR At Tirmidzi
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

LUTFI menukar pakaiannya seusai mandi sebelum dia menapak keluar dari tandas. Haura pula kelihatan sedang berada di atas katil. Kepala menyandar di kepala katil. Mata fokus menghadap televisyen. Mulut pula mengunyah snek nanchos sambil menonton tayangan filem Netflix.

"Haura tengok cerita apa?" Lutfi menyoal sebelum niatnya yang sebenar dikemukakan.

Haura hanya buat tidak endah seolah tiada siapa yang bersuara. Memang tidaklah untuk dia menyahut. Tak ingin. Tak berminat. Lutfi berdeham mencari intonasi lagi untuk berinteraksi dengannya.

"Sekarang dah masuk maghrib. Boleh awak berhenti sekejap tengok Netflix? Kita solat maghrib berjemaah dulu. Nanti awak sambung lah tengok" Lutfi mengajak Haura. Itulah niatnya mahu berjemaah bersama.

"Kalau kau nak solat, solat lah sorang-sorang! Tak payah ajak aku! Tahu lah aku nak solat nanti" Haura menjeling sekilas lalu. Geram! Benci! Menyampah! Sentiasa melekat di hatinya.

"Tapi solat jemaah kan dapat pahala lebih. Apa salahnya?" Lutfi masih tak mengalah untuk mengajaknya berjemaah. Bersulamkan senyuman Lutfi tadahkan agar hati Haura berlembut jua.

Haura menutup siaran di televisyen. Lengan pijama disinting ke pengkal sikunya. Urgh! Meradang panas segala organ dalaman! Lutfi ni memang suka buat dia rasa tidak berpuas hati betul lah!

"Isk! Kau ni kan Lutfi! Suka memaksa lah! Nanti mati dalam kubur sorang-sorang juga!" Naik beroktaf-oktaf suara Haura itu.

"Solat fardhu tu tiang agama. Untuk kita mengukuhkan keimanan kita kepada Allah. Solat jemaah pula penguat sesebuah hubungan. Makin kita bawa hubungan kita bersama terhadap Allah, semakin Allah dekatkan hubungan kita. Hubungan kita pun selalu diredai dan dijaga oleh Allah" Lutfi menyampaikan eminensi berjemaah antara suami dan isteri.

'Start dah berceramah mamat alim ni!' Haura menggaru pelipisnya dengan serabut sambil hatinya bermonolog.

"Tapi bagi aku, baguslah kita tak berjemaah. Supaya hubungan kita jauh. Kau benci aku. Aku benci kau. Then kita bercerai! Wah! Menarik tu!" Seloroh Haura. Tawanya turut sengaja dihamburkan. Lekas Haura membawa diri keluar dari bilik meninggalkan Lutfi.

Lutfi menghelakan nafasnya. Ini baru permulaan. Jauh lagi perjalanan mereka. Dia yakin Haura mampu dilembutkan dan diubahkan. Cuma hanya memerlukan ruang dan waktu yang panjang sama seperti kata Datin Lydia.

ᥫ᭡

HAURA naik ke atas semula untuk menjengah ke biliknya setelah beberapa detik berlalu. Kemungkinan juga Lutfi sudah segerakan solat maghribnya. Takkanlah bertapa lama sangat di atas sejadah kan? Sebaik saja Haura menapak ke dalam biliknya, ternyata Lutfi masih di atas sejadah. Sedang memohon doa kepada Yang Maha Esa.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now