❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈
𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞
📌 Complete || New Version
📌 known as The Stoical Love
Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LUTFI mengusung bagasi untuk masuk ke dalam rumah. Mereka tiba ke rumah mereka sendiri pada petang itu selepas sehari bermalam di rumah keluarga Lutfi. Haura terlebih dahulu masuk ke dalam rumah dan bertapa di sofa. Rasa hiba melingkari di hatinya. Dia terngiang-ngiang suara dan bayang Lateeq yang selalu bermain di situ. Tidak sekonyong-konyongnya matanya mengalirkan tangisan kerana merindui Lateeq. Namun dikesat secepat mungkin agar Lutfi tidak menyedari.
"Sayang okay? Kenapa tak masuk bilik lagi?" Lutfi memantulkan pertanyaan apabila melihat Haura termangu di sofa bersama wajah sugulnya.
"Sayang rasa sayu di rumah ni. Sayang teringatkan kenangan dengan Lateeq. Teringatkan telatah dia. Suara riang dia. Gelak tawa dia. Sayang rindukan Lateeq" Luah Haura dengan gemersik. Lutfi terus mendekati Haura di sofa.
"Hubby pun rindukan Lateeq. Tapi kita yang masih ada di dunia ni, kenalah teruskan hidup macam biasa" Lutfi memegang tangan Haura bagi memujuknya. Haura sekadar memberi pandangan.
"Kalau sayang rasa tak selesa dan sayu di rumah ni, nanti hubby cari dan beli rumah baru untuk kita secepat mungkin" Tambah Lutfi lagi mahu membuat Haura ceria.
Memang Lutfi ada bercadang untuk membeli rumah yang baru untuk mereka menetap. Lagipun dia tidak mahu jiran yang gatal di hadapan rumah mereka itu terus memerhati dan mengurat Haura! Tidak tenang dia pergi bekerja kalau meninggalkan Haura di rumah.
"Tak perlulah susahkan diri hubby. Sayang okay ja di rumah ni. Sayang selesa" Haura mengukir senyuman tidak kisah. Dia tidak mahu membebankan Lutfi.
"Memang hubby berniat nak beli rumah yang baru. Yang lagi besar. Sayang layak untuk duduk di rumah yang lagi selesa" Lutfi menguntum senyuman. Haura sekadar menyepi.
"Sayang janganlah bersedih lagi. Lateeq Hayn dah tunggu kita di sana. Insya-Allah dia akan tarik kita ke syurga bersamanya" Lutfi memeluk bahu Haura bagi meredakan rasa gemersiknya itu.
"Tapi sekejap ja sayang dapat bersama Lateeq. Sayang terkilan" Haura masih dihanyut duka laranya. Matanya sekali lagi berkaca menahan tangisan.
"Sekurangnya Allah masih beri peluang kepada sayang untuk bersama Lateeq. Sayang juga sempat menjaga dan menyayangi Lateeq. Jangan pernah rasa terkilan lagi" Lutfi cuba menenangkan Haura itu.
"Sayang tahu hubby juga terkilan dengan kepergian Lateeq. Sayang nak kita ada anak cepat-cepat. Sayang nak gantikan zuriat hubby yang dah pergi" Beritahu Haura menentang mata Lutfi.
"Tentang tu kita serahkan kepada Allah. Kita hanya mampu berusaha. Kalau ada rezeki, akan tiba masanya. Hubby tak kisah cepat atau lambat. Lagipun tak perlulah kita terburu-buru meminta. Kita nikmati dulu masa berdua kita sementara belum dapat anak" Lutfi mengusap pipi Haura sekilas lalu.
"Tapi sayang takut Allah tak nak bagi kita zuriat lagi sebab sayang pernah hina zuriat kita dulu. Sayang terkilan hubby. Sayang menyesal" Haura sudah bersangka buruk. Tangisannya mengalir.