𝟎𝟏𝟒 | 𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 (𝐍𝐕) ✓

1.8K 94 30
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗"Allah tidak akan melihat seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada (kebaikan) suaminya padahal ia selalu memerlukan kepada suaminya" - HR

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Allah tidak akan melihat seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada (kebaikan) suaminya padahal ia selalu memerlukan kepada suaminya"
- HR. An-Nasa'i
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

SEBUAH kereta Honda Civic mengakhiri pemanduannya di hadapan sebuah rumah di taman perumahan lama. Lutfi menoleh ke sebelahnya di mana keberadaan Haura yang sedang nyenyak beradu. Lutfi tersenyum. Biarlah Haura itu beradu lagi tanpa dikejutnya. Bingkas Lutfi menapak keluar dari perut kereta. Pagar rumah teres tersebut dibuka. Lutfi mengangkut kesemua barangan di dalam bonet kereta untuk masuk ke dalam rumah.

Rumah teres ini bakal menjadi tempat menetap mereka. Rumah teres lama yang dibeli oleh Dato Uzair buat mereka atas permintaan Lutfi. Lutfi sendiri yang mahukan rumah yang biasa dan tidak mewah. Cukuplah untuk mereka berdua berteduh. Kendatipun Dato Uzair memberi pilihan kepada Lutfi pada awalnya mahu membeli rumah di kondiminium atau rumah banglo dua tingkat yang baru saja dimajukan berdekatan kawasan mereka.

Haura menenyeh matanya setelah terjaga. Matanya belum mampu mencelik luas apatah lagi mencerna dengan persekitaran sekeliling. Langkahnya yang gemalai itu diayun menuju ke dalam rumah. Dia masih belum sedar kondisi rumah teres itu. Lusuh. Tidak mewah. Seperti yang diharapkan.

"Eh Haura? Awak dah bangun? Saya baru nak kejut awak. Barang-barang semua saya dah letak kat dalam" Beritahu Lutfi tika terserempak dengan Haura di muka pintu. Haura masih mamai dan tidak jelas mendengar.

Haura bila sudah terleka dalam lenanya, benar susah lagi mahu membezakan realiti dan mimpi. Memang makan masa juga mahu tersedar sepenuhnya. Itulah serba sedikit yang Lutfi tahu tentang Haura sepanjang dua minggu mereka berkahwin ini.

"Bilik aku yang mana?" Haura bertanya sebelum menapak ke dalam rumah.

Pandangan Haura sedikit demi sedikit dapat mencerna dengan halaman rumah yang betul-betul terlihat lusuh dan usang itu. Hanya meja dan kerusi batu di halaman rumah. Namun Haura masih tidak mempersoalkan sebarang cela di matanya. Bak kata orang , don't judge a book by its cover. Mana tahu di dalam rumah agak sedap mata memandang?

"Jum kita masuk. Saya tunjukkan pada awak" Balas Lutfi tersenyum. Haura mengangguk. Sandal Chanel di kaki dilurutkan sebelum menapak ke dalam.

Tergamam Haura dengan kondisi di dalam rumah. Ruang tamu agak kecil. Jalan beberapa tapak saja terus sampai di ruangan dapur. Bilik pula berada di antara ruang tamu dan ruang dapur. Perabot yang ada di rumah tersebut juga kelihatan sudah lama dan seperti perabot yang pernah digunakan. Sofa berbentuk tiga dan televisyen bersaiz lebih kecil berbanding televisyen di dalam biliknya dulu. Meja makan tidak terlihat pula.

"Ni bilik awak. Bilik dalam rumah ni semua sama saiz. Cuma bilik awak special sikit sebab ada sekali dengan bilik air" Jelas Lutfi sambil menunjukkan kepada Haura pada pintu bilik yang bakal menjadi tempat tidurnya.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now