𝟎𝟕𝟑 | 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 (𝐍𝐕) ✓

2.3K 52 1
                                    

SAAT yang paling dinantikan oleh Lutfi dan Haura adalah saat terlahirnya anak mereka ke dunia fatamorgana ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAAT yang paling dinantikan oleh Lutfi dan Haura adalah saat terlahirnya anak mereka ke dunia fatamorgana ini. Haura sudah dimasukkan ke dalam wad bersalin. Pembukaan laluan rahimnya sudah 8 cm. Walaupun ini merupakan pengalaman kedua Haura namun momen kontraksi tetap perit dilalui oleh Haura. Lutfi setia menjadi peneman. Jemari Haura digenggamnya erat. Umbun kepala Haura diusap bersama butir-butir selawat.

"Sakit hubby—" Haura merintih kesakitan. Dia agak tidak berdaya. Namun dia kuatkan diri kerana Lutfi setia memberi semangat. Perasaan bersalin sambil ditemani suami juga berbeza berbanding dahulu. Lebih semangat.

"Sabar sayang. Lagi sikit. Hubby ada untuk sayang" Lutfi mengucup Haura memberi sokongan. Dia juga tidak sanggup melihat Haura yang sudah lelah. Andaikanlah dia boleh bertukar tempat bagi mengurangkan kesakitan Haura itu. Haura cuba meneran lagi. Keringatnya merintik di dahi dan leher.

"Dah nak nampak kepala puan! Lagi sikit!" Doktor perempuan yang menyambut kelahiran anak mereka melaung. Para jururawat menanti di tepi.

Haura meneruskan proses meneran sekuat hati. Dengan hanya tiga kali meneran itu akhirnya terdengar suara nyaring bergema seluruh ruang itu. Lutfi memejam matanya sejenak melepaskan kata syukur. Cecair jernih turut bergenang. Haura menghelakan nafas lega. Dia juga menjatuhkan air matanya.

"Congratulations both of you! Its girl!" Doktor perempuan itu dengan teruja mengangkat bayi yang masih berlumuran darah itu. Jururawat lekas membawa bayi mereka untuk dibersihkan terlebih dahulu.

"You're always be my adorable women. Thanks you sweetheart. I love you" Lutfi mendaratkan ciuman di dahi Haura. Rasa syukur dan hargainya turut melingkari. Tiada apa yang bisa digantikan dengan pengorbanan Haura itu.

Haura hanya tersenyum. Lelah yang terasa pun tidak hilang lagi di tubuh. Dia tidak mampu untuk menutur berlebihan. Haura bangun membersihkan diri selepas bertarung nyawa tadi.

ᥫ᭡

LUTFI mendukung anak perempuannya yang sudah dibaluti kain lampin itu dari katil bayi. Bercampur baur perasaan Lutfi menatap segenap wajah anaknya. Terharu. Sebak. Di usia 24 tahun ini, mereka meninang anak kedua mereka. Tidak berhenti Lutfi mengucup wajah anaknya yang putih kemerahan itu. Bauan syurga menusuk hidungnya.

Laeeqa Herissa binti Lutfi Ukail. Terlantun indah nama itu. Menjadi pilihan Haura untuk meletakkan nama tersebut. Lutfi pula hanya mensetujui dengan pilihan nama yang dipilihkan Haura selagi membawa maksud yang baik dan tidak mencemarkan nama Islam.

"Princess daddy" Melebar senyuman Lutfi membelai pipi lembut anaknya. Tanpa melengahkan masa, dia melaungkan iqamat di telinga anaknya. Haura hanya memandang momen itu dari atas katilnya.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now