❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈
𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞
📌 Complete || New Version
📌 known as The Stoical Love
Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KAPAL persiaran mewah yang berlabuh sewaktu senja itu menanti kesemua penumpang memasuki ke dalam sebelum berlayar. Kapal mewah yang mempunyai pelbagai kemudahan ini disewa oleh Dato Uzair untuk diadakan majlis makan malam tahun baharu Syarikat Celesta Holding yang menjalankan industri oil and gas. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, para pekerja, para pelabur dan rakan perniagaan terdekat. Kapal ini akan bersiar semalaman di lautan dan pulang pada hari esok.
Ini pertama kali majlis makan malam syarikat diadakan di luar kawasan selain menempatkan di dewan hotel. Sengaja Dato Uzair membuat demikian kerana majlis ini akan menjadi istimewa untuk mereka sekeluarga. Dato Uzair akan melantik sekali gus mengumumkan bahawa Lutfi sebagai Pengarah Kewangan Syarikat (CFO) untuk tempoh 3 tahun.
Sengaja Dato Uzair meletakkan Lutfi di jawatan itu. Biar Lutfi mula dari bawah dan mendalami hal syarikat. Kemudian selepas 3 tahun, barulah Lutfi akan menggantikan jawatan Dato Uzair sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat (CEO).
Haura agak terpesona memandang kemewahan dan kemegahan kapal persiaran tersebut sebaik saja dirinya dan ahli keluarganya tiba. Kapal persiaran tersebut pernah menjadi keinginan Haura untuk menaikinya suatu tika dahulu. Namun tidak dapat ditunaikan oleh Tuan Arshad. Dipanjatkan syukur kerana dia berpeluang merasai kemewahan kapal persiaran tersebut pada hari ini.
Kapal persiaran mewah itu dimiliki oleh syarikat yang mesra muslim. Tiada alkohol. Tiada makanan haram. Tiada kelab cucuk langit. Tiada tempat permainan judi di dalamnya. Tentulah Dato Uzair menitikberatkan tentang agama sebelum menyewanya.
Mulanya Haura menolak ajakan Puan Haslina untuk turut menyertai. Namun dikenangkan hasrat yang ingin menenui dua insan yang dirinduinya itu, dia tidak beralah. Dia akan menguatkan diri apa pun takdir yang bakal terjadi pada malam kelak. Meskipun Lutfi dan Lateeq tidak menerima kedatangannya.
ᥫ᭡
MALAM itu bakal menjadi titik pertemuan semula antara tiga insan yang sudah lama berjauhan. Debaran jantung Haura makin hebat berdetak. Tapak tangannya ikut menyejuk. Dia gelisah dan gusar memikirkan pelbagai keadaan. Dia juga kurang yakin dengan langkah yang sedang diatur menuju ke dewan makan. Haura berpakaian abaya berwarna biru muda sepadan dengan tudung dan purdahnya. Sengaja Haura mengenakan purdah pada malam ini bagi mengelakkan diri daripada Lutfi atau Lateeq mengenali dan mengesyaki kehadirannya terlebih dahulu.
Leka Haura memilih pencuci mulut di bahagian bufet. Pelbagai jenis pencuci mulut mengaburi matanya. Haura memilih untuk menjamah potongan kek yang dihidang. Namun Haura masih bingung kerana banyak pilihan dari segi warna, perisa dan tekstur kek. Kalau diikutkan perangai lama Haura itu, memang semua jenis kek akan diambil olehnya. Tetapi dia tidak lagi bersikap tamak sebegitu.
Tiba-tiba Haura terasa outer abaya yang dipakainya itu dipijak oleh seseorang sehingga melanggar tubuhnya. Haura segera menoleh. Seorang budak lelaki sudah jatuh terduduk di lantai. Haura menunduk tubuhnya kerana rasa bersalah yang menimbul dalam dirinya. Akibat pakaiannya yang meleret menyebabkan budak itu jatuh. Tidak terlintas bagi Haura untuk memaki mahupun memarahi budak itu walaupun budak itu yang sedang berlari dan melanggar Haura.