SEPANTAS kilat Haura tiba di meja makan bagi menemui Datin Lydia. Tentu Datin Lydia sudah menyediakan sarapan. Haura rasa bersalah kerana tidak membantunya. Ini asbab terlajak tidur selepas solat subuh tadi.
"Mama, Haura minta maaf sebab bangun lambat. Haura tak tolong pun mama masak sarapan. Tengok-tengok dah siap. Kesian mama siapkan sorang-sorang" Raut wajah Haura mempamerkan rasa bersalahnya.
"Eh tak ada apa lah. Haura kan baru balik ke sini semalam. Tentulah Haura penat. Mama tak kisah pun Haura tak bantu. Sebab sepatutnya mama yang kena meraikan anak menantu mama balik. Dah, duduklah. Kita sarapan sekali" Pelawa Datin Lydia.
Kebetulan Dato Uzair dan Lutfi turut ke meja makan bagi menjamah sarapan. Masing-masing mengambil tempat duduk.
"Mama ni asyik tersenyum ja tengok Lutfi dan Haura. Kenapa? Ada sesuatu nak bagitahu?" Lutfi hairan. Dia perasan semenjak di meja makan semalam lagi. Datin Lydia asyik memerhatikan mereka sambil tersenyum.
"Mama happy sebab tengok anak menantu mama dah berbaik dan bahagia sekarang" Datin Lydia memberitahu dengan girangnya.
"Lutfi dan Haura nak buat majlis bersanding?" Dato Uzair memberi pertanyaan.
Haura agak teruja. Namun dia tahu bukan dia yang patut memberi jawaban kerana Lutfi adalah suaminya. Lutfi yang wajar membuat keputusan dan dia perlu mengikuti.
"Kena buat juga ke papa? Tapi kitaorang kan dah nak masuk 4 bulan berkahwin" Balas Lutfi.
Raut wajah Haura berubah sedikit kerana Lutfi seakan tidak mahu. Namun dia tidak mempertikaikan. Mungkin Lutfi tidak suka dipertontonkan. Tidak mengapa, dia hanya menuruti Lutfi.
"Apa salahnya? Majlis sanding bila-bila pun boleh buat. Buatlah untuk kenangan. Lagipun boleh panggil lagi ramai dari majlis nikah haritu. Jadi ramai yang akan tahu dan mendoakan kebahagiaan anak menantu mama" Datin Lydia berkata.
"Lutfi ikutkan saja kalau mama nak buat juga" Jawab Lutfi sambil meneruskan jamahannya itu.
"Kalau ikut mama, memang mama nak buat. Haura pula?" Datin Lydia beralih ke arah Haura setelah menyedari Haura hanya membisu.
"Mesti Haura nak juga kan? Orang perempuan ni mama faham sangat. Mesti ada impian nak adakan majlis sanding dia macam mana" Datin Lydia berkata lagi. Haura memandang Lutfi dengan harapan.
"Macam tu, kita buat ja lah. Tapi mama urus dengan Haura nanti. Lutfi tak tahu nak pilih konsep atau tema. Mama bagitahu ja kos berapa, nanti Lutfi akan bayarkan" Beritahu Lutfi setelah melihat Haura itu bagai meletakkan harapan.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Roman d'amour❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...