LUTFI melingkari pinggang Haura dari belakang setelah pulang dari kerja. Namun Haura tidak memberi sebarang reaksi. Haura juga sengaja melarikan anak matanya dari bertembung dengan Lutfi. Dia pun tidak pasti mengapa emosinya kini mendadak berubah seperti roller coaster.
Lutfi menyedari emosi Haura dalam kondisi tidak baik. Sama seperti semalam walau Lutfi sudah membenarkan Haura keluar membeli-belah dengan Datin Lydia dan membenarkan Haura bekerja. Lutfi menganggap Haura malas melayan dirinya lagi. Mungkin rimas dengan dia yang acap kali mahu berkepit itu?
"Hubby minta maaf kalau hubby ada buat salah. Hubby pergi mandi dulu" Lutfi melepaskan pelukannya dari Haura. Raut wajah Lutfi jelas terkilan dengan sikap Haura yang acuh tidak acuh sejak semalam lagi.
Haura membiarkan Lutfi beredar ke dalam tandas. Pakaian yang disusun oleh Haura itu jatuh dari tangannya. Haura tersedar. Dia tersentak. Kesal kerana membuat Lutfi terkilan dengannya. Biasanya Lutfi susah mahu merajuk dengannya.
"Kenapa dengan aku ni? Asyik nak moody sejak semalam. Kesian Lutfi. Dia penat balik dari kerja" Haura mengeluh sendirian.
Ini kalau Puan Haslina tahu Haura membuat perangai tidak matangnya, memang kena ganyang lah jawabnya.
"Kalau Lutfi bosan dengan aku nanti macam mana? Buatnya dia cari perempuan lain. Eh tak boleh! Hanya aku yang patut jadi wanita dambaan dia" Haura bersenandika lagi.
Tanpa melengahkan masa, Haura mahu mendapatkan Lutfi namun Lutfi sudah lama masuk ke dalam tandas. Haura ke hulur ke hilir di ruang pakaian itu kerana tidak tentu arah. Dia cuba mencari solusi. Bagaimana dia perlu memujuk Lutfi?
Mahu berpinar seketika kepalanya itu kerana berpusing. Konklusinya Haura duduk mencangkung di hadapan tandas sehingga menanti Lutfi keluar. Haura yang kaki berdrama sudah mengalirkan tangisan kerana memikirkan Lutfi tidak mahu bercakap dengannya lagi.
"Sayang?" Lutfi membuka pintu tandas setelah beberapa minit berlalu. Dia kaget melihat Haura yang sudah seperti toyol di hadapan tandas. Haura lantas mendirikan tubuhnya dan menyalami tangan Lutfi.
"Sayang minta maaf sebab tak betul hari ni. Sayang minta maaf sebab buat tak peduli pada hubby hari ni. Lain kali sayang akan kawal emosi sayang. Hubby janganlah cari perempuan lain. Sayang janji akan layan hubby sebaiknya" Bersungguh Haura meluah dengan rasa bersalah.
Namun Lutfi hanya tertawa mendengar setiap bait kata Haura itu. Lucu pula. Haura yang mahu menyambung lagi luahannya segera mendongak kepala memandang Lutfi dengan tenungan tajam. Berani Lutfi gelakannya?! Penat dia berdrama tahu? Lutfi terus menghentikan tawanya serta-merta.
"Kenapa hubby gelak? Sampai hati" Sudah tersedu-sedan Haura itu sambil menelan tangisan. Lutfi dengan tenang memeluknya.
"Sayang fikir hubby merajuk ke? Sampai overthinking macam ni?" Lutfi mengusap umbun kepala Haura yang rendah 25cm daripadanya.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...