𝟎𝟒𝟕 | 𝐓𝐈𝐏𝐔 (𝐍𝐕) ✓

2.7K 92 21
                                    

PANTAS Haura menuruni tangga setelah Grab Car yang dipesannya sudah tiba di hadapan rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PANTAS Haura menuruni tangga setelah Grab Car yang dipesannya sudah tiba di hadapan rumah. Puan Haslina yang melihat Haura melintasinya di ruang tamu dengan kelam-kabut itu menjadi hairan sejenak.

"Haura nak pergi mana?" Puan Haslina bertanya. Bukan main anak perempuannya itu bersiap. Itu bukan ciri-ciri mahu mengambil barang dari courier yang menghantar.

"Haura nak pergi jumpa Lateeq. Mama bagitahu Haura yang Lateeq demam dan asyik sebut pasal Haura. Tak sampai hati kalau Haura tak jenguk dia" Jawab Haura yang sudah membuka pintu rumah untuk bersedia keluar.

"Eh tak bagitahu mummy dulu pun? Kalau tidak, mummy boleh hantar. Mummy pun nak pergi jumpa cucu mummy" Balas Puan Haslina.

"Tak apa lah mummy. Haura dah lambat. Grab Car dah tunggu. Bye mummy!" Haura terus menutup pintu rumah dan berlalu meninggalkan rumahnya.

Puan Haslina menggeleng kepala. Dasar anak bertuah. Sudahlah tidak memaklumkan kepadanya dahulu. Meminta izin pun tidak. Tetapi dia menjadi senang hati kerana rasa sayang Haura yang meninggi terhadap Lateeq membuatkan Haura mengetahui bagaimana perasaan seorang ibu yang merisaukan keadaan anaknya.

ᥫ᭡

HAURA diiring oleh Datin Lydia untuk membawanya ke dalam bilik tidur yang menempatkan Lateeq di situ. Di mana bilik itu juga merupakan bilik tidur Lutfi. Haura menjenguk situasi anaknya yang sedang melarat demam. Suhu tubuh Lateeq sudah mereda panas. Namun masih tidak mampu aktif. Biasalah demam kan? Mungkin demam rindu terhadap Haura yang sudah tidak dijumpainya hampir seminggu.

"Kakak cantik!" Lateeq ceria memanggil Haura. Terus aktif dirinya itu bangun memeluk Haura. Haura mengucup dahi Lateeq.

"Hai Lateeq. Macam mana boleh demam ni? Lateeq main panas ya?" Haura menyoal mesra. Datin Lydia di samping itu hanya tersenyum. Cucunya itu terus menjadi ceria tatkala berjumpa dengan Haura.

"Entah lah kakak. Lateeq rindu kakak" Beritahu Lateeq dengan manja. Haura tersenyum.

"Kakak ada bawa coklat untuk Lateeq" Haura mengumpan untuk Lateeq ke bawah agar Lateeq lebih aktif.

Kalau tidak, Lateeq hanya terlantar di atas katil. Lagipun Haura tidak selesa bertapa lama di bilik Lutfi itu. Mengingatkan momen lamanya.

"Coklat apa? Mana?" Lateeq menyahut teruja.

"Banyak coklat kakak bawa tapi ada kat bawah. Jum kita turun" Haura mengajak Lateeq turun. Lateeq mengangguk mensetujui untuk mengikuti ke bawah.

"Kakak cantik datang baru nak turun cucu nanny ni eh?" Datin Lydia memandang Lateeq membuatkan Lateeq tersengih. Begitu juga dengan Haura yang memimpin tangan Lateeq.

Setibanya mereka di bawah, jiwa Lateeq sudah dibeli oleh coklat yang dibawa Haura itu. Leka dia mengunyah sambil menonton kartun di televisyen. Haura berada di sofa ditemani Ulyana. Haura ingin mengambil peluang untuk berbual dengan Ulyana itu. Datin Lydia pula berada di dapur. Mungkin tengah menyediakan makan petang.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now