𝟎𝟕𝟐 | 𝐋𝐔𝐀𝐇𝐀𝐍 (𝐍𝐕) ✓

2K 50 5
                                    

SELAMAT saja kereta BMW M5 mendarat di perkarangan rumah keluarga Dato Uzair dan Datin Lydia, Haura segera membuka pintu kereta untuk keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SELAMAT saja kereta BMW M5 mendarat di perkarangan rumah keluarga Dato Uzair dan Datin Lydia, Haura segera membuka pintu kereta untuk keluar. Namun Lutfi menahan pergerakan Haura itu membuatkan Haura tersengih. Dia sedar dia terlupa akan Lutfi sehingga mahu keluar kereta begitu saja. Habislah mendapat tenungan tidak puas hati daripada Lutfi itu.

"Eh sayang lupa" Haura menarik tangan Lutfi untuk disalamnya. Lutfi mengecil bola matanya. Amboi!

"Itulah seronok sangat bila hubby benarkan sayang pergi bersuka ria dengan mama sampai tak sabar keluar kereta" Lutfi mula membebel diselit perliannya itu.

Lutfi menghantar Haura di rumah keluarganya pun kerana Datin Lydia dan Haura sudah berjanji untuk keluar membeli-belah di waktu tengah hari nanti. Entahlah apa yang mahu dibeli-belahnya lagi. Rasanya semua barangan bayi sudah cukup mereka membeli. Lutfi membenarkan saja agar Haura tidak bosan seorang diri. Lagipun Lutfi mahu berjumpa bersama rakan-rakannya di Kelab Las Vallencia.

"Nanti sayang bagitahu mama yang hubby dah lambat tau. Jadi hubby tak dapat turun" Lutfi mengirim pesanannya agar Haura menyampai kepada Datin Lydia. Lutfi bukannya apa. Dia cuma takut Datin Lydia terkilan dengannya sekiranya dia tidak turun dahulu.

Haura mengangguk. Dia menyua tapak tangannya meminta kad platinum Lutfi dihulurkan. Mujur Lutfi menahannya tadi. Kerana dia terlupa mahu mengambil kad platinum Lutfi. Bagaimana dia mahu membeli-belah dengan sakan? Memanglah Datin Lydia yang mahu membelanjakannya. Namun dia seganlah kalau semua barang dibayar Datin Lydia.

"Sayang ingatkan pesanan hubby tadi bila dekat mall nanti?" Lutfi mengeluarkan dompetnya untuk mengambil kad platinum miliknya.

Memang Haura itu sudah bekerja dan mempunyai wang sendiri. Namun Lutfi tidak membenarkan Haura menggunakan wangnya sendiri. Lutfi memesan agar Haura menyimpan saja untuk masa depan. Mana tahu kalau Lutfi meninggal. Sekurangnya Haura ada simpanan. Lagipun Lutfi lagi suka wangnya dihabiskan oleh Haura.

"Ya hubby, sayang ingat pesanan hubby tu. Sampai dua, tiga, empat, lima kali nak pesan" Haura mengeluh bersama putaran bola matanya ke atas. Macamlah ingatannya ini sempit.

"Tapi baru tiga kali lah hubby pesan" Lutfi membuat wajah polosnya sambil menghulur kad platinumnya. Haura sudah bersinar mata. Tidak sabar mahu memboros!

"Terima kasih husbaby sayang! I love you so so so much! Hubby lah suami paling kacak di dunia ni" Haura membodek. Bukan main dia teruja selepas menerima kad platinum empunya Lutfi di tangannya. Pipi Lutfi sempat dikucupnya.

"Ingat pesan hubby tau. Jaga diri. Jaga aurat. Jaga pandangan. Jaga hati. Jaga kandungan. Sayang tu jalan berhati-hati sikit. Jangan lasak sangat. Jangan teruja sangat sampai nak melompat pula. Ingat ada anak dalam perut tu" Lutfi menitip pesanan yang suda menjadi bosan untuk Haura mendengar sejak semalam. Mimik mulutnya sengaja bergerak-gerak seolah meniru apa yang dituturkan Lutfi itu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now