2

11.3K 585 11
                                    

Dalam banyak banyak perkara, perkara yang paling dia tak suka adalah orang yang mungkir janji. Cukup dengan itu, boleh membuatkan emosi marahnya mencanak naik. Macam sekarang.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kafe pun dah tutup. Semua orang dah balik ke rumah. Hanya tinggal dia yang tercegat di depan kafe itu. Ke hulu ke hilir macam orang tak betul

"Malang betul lah nasib aku hari ni." Wardina merengus perlahan. Telefon pintar yang berada di tangannya dipandang lama. Disebabkan telefon inilah dia pulang lambat ke rumah hari ni.

"Mana tuan kau? Tak reti-reti nak kutip barang dia balik ke? Ada yang aku jual ni karang..." Ujarnya sambil memandang telefon itu, seolah olah dia memarahi lelaki tadi.

Ikutkan hati, nak aje dia balik sahaja ke rumah. Pandai-pandailah lelaki tu ambil sendiri. Siapa suruh mungkir janji? Kata nak ambil sebelum kafe tutup.

Tapi, bila mengingatkan ini dah jadi tanggungjawab dia, terpaksalah dia menunggu juga. Lagipun, Nadia dah amanahkan dia untuk jaga telefon itu.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba ada sebuah kereta diparkir betul betul dihadapan kafe. Kecik besar, kecik besar mata Wardina melihat gerangan yang keluar daripada kereta itu. Pandangannya sedikit terganggu kerana lampu kereta menyuluh tepat kepadanya. Silau.

Sebatang tubuh berhenti betul-betul dihadapannya. Wardina angkat muka. Cahaya lampu kereta kini hilang kerana dihalang oleh tubuh tegap lelaki itu.

Dia hanya memakai kemeja putih yang lengannya dilipat hingga ke siku bersama seluar slack. Mungkin baru balik dari kerja.

"Lain kali, janji tu tepati." Sempat Wardina memberi pesanan khidmat masyarakat. Dia masih rasa marah kerana menunggu hampir  1 jam.

Lelaki itu angkat kening, seakan tidak kisah dengan perlian yang dilempar Wardina.

"Where's the phone?" Tangannya dihulur kepada Wardina. Tanpa buang masa, Wardina terus meletakkan telefon pintar ditelapak tangan itu.

Telefon dibelek sekejap.

"Kau tak baling, pijak atau ketuk telefon aku kan?"

Membulat mata Wardina mendengar. Anak matanya fokus ke arah wajah lelaki itu. Kalau ikutkan hati nak aje dia bakar. Tapi nak buat macam mana, dia masih punya hati yang murni.

"Kau ingat aku apa?" Balasnya dingin kemudian mula melangkah untuk pulang ke rumah. Meninggalkan lelaki itu berseorangan. Buang masa aje dia berlama disitu.

Sekarang ni, macam mana dia nak balik? Selalunya dia naik grab car. Tapi ada lagi ke grab malam malam macam ni? Haih, menyusahkan betul.

Wardina berhentikan langkah. Telefon dikeluarkan lalu membuka aplikasi grab car. Dia menekan skrin telefon beberapa kali sebelum satu keluhan dilepaskan.

Sudah diagak, kosong. Takkan nak jalan kaki?

Baru dia ingin menelefon Syuhada, sahabat baiknya itu, tiba-tiba lengannya dipegang seseorang. Walaupun berlapik, dia dapat rasa bulu romanya juga naik. Terhinjut bahunya kerana terkejut. Kepala terus ditoleh kebelakang.

"Aku hantar kau balik."

Wardina mengurut dada, lega. Ingatkan pencuri atau perogol bersiri. Sudahlah tak ramai kereta yang lalu dikawasan sini. Kalau menjerit minta tolong pun, belum tentu ada orang.

Dalam hati sempat dia sumpah seranah lelaki ini. Buat jantungnya gugur aje!

"Tak payah. Aku boleh balik sendiri." Lengan ditarik kembali. Kiri dan kanan dipandang. Langsung tiada teksi. Kereta pun tak lalu lalang inikan pula teksi.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now