71

12.4K 617 18
                                    

Wardina Nayla.

Tujuan aku bagi surat ni sebab aku nak kau tahu isi hati aku sebelum aku fly ke Jeddah. Aku dah bincang dengan papa yang aku nak duduk sana buat sementara waktu. Bila kau baca surat ni, aku nak kau tahu aku dah lupakan perasaan aku pada kau.

Aku jumpa Hayyan. Aku suruh dia lepaskan kau tapi aku dah buat dia mengamuk sampai dia tumbuk muka aku. Ganas betul laki kau eh, Dina. Tapi aku tak salahkan dia. Aku memng berhak dapat penumbuk sebab simpan perasaan dekat isteri orang.

Aku dah jatuh cinta dekat kau sejak pertama kali kita jumpa. Aku simpan perasaan aku sebab aku takut persahabtan kita akan musnah kalau aku confess. Pengecut kan aku? Dan sebab sifat pengecut aku itulah, buatkan aku menyesal seumur hidup.

Aku nak move on. Sebab tu aku nak pergi jauh dari kau. Aku tahu Hayyan seorang suami yang baik. Masa aku jumpa dia, aku nampak yang dia betul-betul sayangkan kau. He's madly in love with you.

Sorry sebab aku hanya sampaikan melalui surat. Aku takut aku tak dapat lepaskan kau kalau aku cakap depan-depan. Nanti, bila aku dah sedia, kita jumpa balik. Thank you Dina sebab menceriakan hari-hari aku. Aku tahu Hayyan akan tumbuk aku lagi sekali kalau aku cakap benda ni. Tapi aku nak cakap jugak.

Aku sayang kau, Dina. Semoga kau dengan Hayyan berbahagia seumur hidup. Kalau Hayyan buat hal lagi, datang dekat aku. Haha I'm just joking.

Yang ikhlas lagi kacak,
Han.

Wardina menggenggam surat putih itu. Tangan kanannya pula mencengkap dada sendiri. Entah kenapa dia rasa sedih membaca surat itu. Surat terakhir dari Zafhan. Sampai sekarang sukar dia nak percaya dengan apa yang dah berlaku.

"Sayang, are you okay?" Hayyan melabuhkan punggung di sisi isterinya. Kertas yang berada digenggaman Wardina ditenung seketika. Kemudian, air mata yang jatuh pada wajah itu diseka lembut.

"Okay. Dina rasa sebak pula." Balasnya.

"Abang okay?" Wardina tidak lupa dengan keadaan Hayyan. Suaminya itu juga menjadi mangsa keadaan. Dia juga lihat betapa teruknya Hayyan dibelasah tempoh hari.

"Don't worry about me. I'm okay." Jawab Hayyan tenang. Kemudian, terasa wajahnya diusap. Hayyan angkat wajah.

"I'm sorry, abang." Melihat kesan luka di wajah Hayyan, membuatkannya rasa kesal. Hayyan memegang tangan Wardina yang berada dipipinya.

"Shh... It's not your fault. Things happened. Jangan salahkan diri sayang. Abang tak suka."

Wardina senyum nipis. Walaupun susah, dia masih cuba untuk berfikir dengan matang. Dia masih cuba untuk tidak letakkan salah atas bahu sendiri. Nasib baik ada Hayyan, yang tak jemu memberi kata semangat padanya.

Segala hal, Hayyan dah uruskan. Termasuklah memberi kenyataan pada pihak polis. Kalau diikutkan daripada cerita Hayyan, dua orang lelaki berbadan besar itu dah selamat masuk dalam penjara.

Nabella juga sama. Tapi dengar cerita dia akan dimasukkan ke hospital sakit mental. Bermula daripada masalah hati, akhirnya wanita itu tewas di hospital gila. Sikitpun Wardina tidak kasihan. Hatinya belum terbuka untuk memaafkan Nabella.

Berita itu telah disampaikan pada ibu dan ayahnya. Reaksi mereka semestinya terkejut. Paling terkejut adalah Puan Kirana. Seburuk mana pun perangai Nabella, ibu tirinya itu masih ibu kandung pada Nabella. Dia yang melahirkannya. Jadi mereka masih mempunyai hak pada Nabella.

Surat di tangan Wardina dipandang dan diambil. Selepas membacanya, terbit senyuman nipis pada wajah Hayyan. Kemudian kertas itu dilipat elok sebelum disimpan ke dalam laci meja.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now