11

9.4K 519 21
                                    

"Dina... Dina."

"Apa?" Wardina menyahut. Dia yang sedang melayan anime di komputer riba itu terus mengangkat muka memandang wajah Syuhada.

"Hari ni hari sabtu kan?" Soalan gadis itu mengundang kerutan didahi Wardina. Itu aje ke perempuan ni nak tanya? Muka dia ni nampak macam muka kalender ke nak tanya hari apa.

"Hmm..." Wardina hanya mengiyakan. Pandangan dihala pada skrin laptop semula.

"Kau tak bosan ke Dina?"

"Tak."

Syuhada merengus.

"Kau tak bosan, tapi aku bosan." Rungutnya. Berkerut dahi  melihat sahabatnya yang sedang elok meniarap di atas katil itu. Gaya macam tak nak layan aje.

"Pergilah keluar jalan jalan. Kau kan suka jalan jalan." Wardina memberi idea. Rimas rasanya apabila fokusnya itu diganggu.

"Aku tak nak lah jalan seorang diri. Jom lah ikut sekali!" Ajak Syuhada. Bahu digoyangkan apabila Wardina menoleh memandangnya. Dia fikir bolehlah membodek gadis itu.

"Aku tak rasa nak keluar lah."

"Sampai hati kau nak biarkan aku jalan sorang-sorang. Kalau aku kena culik macam mana?" Suara dibuat sedih.

"Aku report polis la apa lagi..." Selamba Wardina membalas.

"Dina!!!"

Kedengaran ketawa besar daripada Wardina. Lucu melihat wajah geram yang Syuhada pamerkan.

"Aku..."

Tidak sempat dia menghabiskan ayat apabila telefon pintar berbunyi minta diangkat. Anak matanya terus terpasak pada skrin telefon dan serentak itu, tekak terasa kelat.

"Siapa? Kenapa muka kau macam tertelan cicak ni?" Soal Syuhada hairan. Wardina tidak menjawab. Telefon itu diambil dan ditenung nama yang tertera.

Nak angkat?

Tak payah lah.

Tak angkat?

Kepala digelengkan banyak kali. Jahatnya, kau Wardina. Lelaki ini dah selamatkan hidup kau tahu tak? Setelah telefon itu berdering buat kali kedua, baru Wardina menjawab.

"Helo."

"Get ready. Lagi 5 minit aku sampai." Tak ada salam, tak ada mukadimah, dia terus keluarkan arahan.

"Hah?" Wardina terpinga-pinga.

"Get ready pergi mana?"

"Kau dah lupa janji kau dengan aku?"

Serentak itu, Wardina tepuk dahi. Sebut pasal janji, baru dia teringat. Keluar makan dengan lelaki itu 3 kali, semata-mata untuk membalas jasa baik Hayyan menyelamatkan dirinya. Dia fikirkan lelaki itu hanya bergurau kerana selama seminggu ini, Hayyan tidak menghubunginya langsung.

"Sekarang ke?" Wardina tanya soalan bodoh. Walaupun sudah terang lagi bersuluh Hayyan ada menyuruhnya bersiap tadi.

"Sekarang. Aku dah nak sampai dah ni."

Mata Wardina membulat.

"Dah nak sampai? Kenapa kau suka bagitahu last minute? Kau ingat aku ni captain marvel ke nak siap cepat-cepat? Aku belum..."

"Turun atau aku jemput kau betul-betul depan pintu bilik kau." Hayyan mencelah dan selepas itu panggilan terus dimatikan.

Berkerut wajah Wardina menahan geram. Skrin telefon yang dah gelap itu dipandang seolah-olah wajah Hayyan terpapar disitu. Bibir diketap. Lelaki ini memang suka ikut kepala sendiri. Agak-agaklah nak suruh dia bersiap dalam masa 5 minit. Lepas tu, kenapa dalam banyak-banyak hari, hari yang dia malas untuk buat apa-apa lah, semua orang nak mengajaknya keluar.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now