66

14.3K 787 72
                                    

"Hahahahahaha! Daddy you sucks!"

Wardina hanya memandang kelakuan dua manusia yang sedang berendam dihadapannya. Bergelak ketawa bersama sambil main air. Pada saat itu, dia dah pasrah dengan sakit hatinya pada Hayyan. Nak marah pun, dah tak guna bila dia tengok Haneef betul-betul gembira.

Pandangannya kembali melekat pada buku ditangan. Buku yang sempat dia capai dalam bilik Hayyan tadi sebelum turun ke bawah. Baju pula dia tukar kepada yang lebih santai. Memandangkan hanya mereka sahaja yang ada dirumah ini, awal-awal lagi tudungnya dah ditanggalkan. kerusi besi yang tersedia tak jauh daripada kolam renang menjadi tempat dia beristirahat.

"Mommy, let's swim together." Laung Haneef dari dalam kolam, membuatkan Wardina terus mengangkat kepala.

Automatik pandangannya dan Hayyan bertemu. Dengan rambut basah lelaki itu dan senyuman sengetnya, entah kenapa Wardina rasa terpukau hanya untuk seketika sebelum laju anak matanya bergerak kepada wajah Haneef.

Dada tiba-tiba berdebar.

Wake up, Dina!

"Mommy tak nak lah. Sejuk!" Tipunya. Alasan untuk mengelak. Kemudian, dia dapat lihat Hayyan seperti membisikkan sesuatu ke telinga Haneef.

"Mommy takut sejuk? Lemahhh!" Serentak, budak itu memalingkan mukanya ke arah lain.

Terus membulat mata Wardina ketika itu. Terkejut dengan bicara Haneef sebentar tadi. Apa dia? Lemah? Rasa macam tak percaya ayat itu keluar dari mulut anaknya.

Hayyan sudah melepaskan tawa sebelum tangannya naik menggosok kepala Haneef yang dah basah.

Good boy! Macam ni lah anak Daddy!

"Hayyan! Awak jangan ajar anak yang bukan-bukan lah!" Ujar Wardina geram. Mana pernah Haneef berkata begitu kepadanya. Mesti bapak budak itu yang ajar!

Hayyan melepaskan pegangannya pada pelampung Haneef. Membiarkan budak itu bermain air seorang diri. Kemudian dia berenang mendekati dinding kolam, dekat dengan tempat yang diduduki Wardina. Senyuman lebarnya dibalas dengan jelingan tajam.

"Jom lah mandi sekali. Haneef tunggu tu.." pujuk Hayyan seraya meraup wajahnya yang basah.

"Saya tak nak. Malas. Awak mandi ajelah dengan Haneef." Wardina menolak.

"Jomlah... Lagipun, tak ada siapa dalam rumah ni. Just the three of us. Tak perlu nak rasa malu." Pujuk Hayyan lagi. Sikunya diletak didinding kolam untuk menstabilkan diri dalam air.

"Ke... awak malu dengan saya?" Senyuman nakal terukir dibibir Hayyan.

"Bi-bila masa saya malu? Saya tak cakap pun saya malu. Saya tak ada mood nak mandi kolam sekarang ni. Ni... nampak buku ni?" Buku yang berada ditangannya ditutup kemudian ditunjuk depan Hayyan.

"Saya nak baca buku. Sana lah! Jangan kacau!" Marah Wardina lagi.

Hayyan mengeluh. Plannya, dia ingin kembalikan kenangan indah mereka berdua dulu. Tapi, macam mana plan itu nak berjaya kalau seorang duduk di Antartika, seorang lagi duduk di Malaysia. Jauh!

Wardina pula seakan tak nak bagi kerjasama.

"Awak nak join ke atau awak nak saya dukung awak masuk dalam ni?" Hayyan memberi pilihan. Dan sudah tentu pilihan itu satu pun tidak menyebelahi Wardina.

"Dua-dua saya tak nak!" Wardina merengus perlahan.

"Then, I have no choice..." Hayyan menekan tangannya di tepi kolam. Sekelip mata aje dia sudah naik ke darat. Air daripada tubuhnya menitik laju ke bawah.

"Redup cuaca hari ni." Ujarnya sambil meregangkan badan.

"Hayyan, don't." Satu amaran diberikan. Buku yang berada ditangannya ditutup sebelum dia berdiri tegak menjauhi lelaki itu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now