18

8.6K 500 24
                                    

Pantai.

Tiada lagi tempat lain yang dia boleh terfikir nak pergi selain daripada tempat ini. Wardina sendiri tak tahu kenapa dia datang ke sini tapi rasanya dia buat keputusan yang tepat. Sedikit sebanyak hatinya terasa tenang.

Cuaca pagi itu masih redup. Nampak macam nak hujan tetapi dia masih tidak berganjak dari duduk bersila di atas pasir berbumbungkan daun pokok yang lebat itu.

Dia rela duduk dalam hujan asalkan hatinya boleh pulih semula.

Ranting kayu yang bersepah di atas tanah di ambil lalu dia menguis tanah. Fikirannya terasa berat. Baru tadi dia sematkan dalam otak supaya lupakan segala yang berlaku tapi sekarang? Dia masih lagi terfikir-fikir.

Mulutnya melepaskan keluhan kasar. Ranting itu dikuis kasar atas pasir sehingga patah dua. Sebelah sudah terpelanting dan sebelah lagi masih berada di tangannya.

"Dina."

Wardina tersentak apabila mendengar namanya dipanggil. Bila melihat wajah itu, automatik dia mengeluh lagi.

"Kau nak apa?" Ujarnya kasar. Macam mana lelaki itu boleh jumpa dia disini pun tak tahulab.

Hayyan diam. Selamba dia mengambil tempat dia sebelah Wardina tanpa dipelawa.

Walaupun lelaki itu tidak ingat apa yang berlaku, tetapi Wardina masih ingat dengan jelas. Betapa terkejutnya dia dengan perlakuan Hayyan. Tapi nak buat macam mana? Nak marah, Hayyan juga jadi mangsa keadaan.

Cuma dia tak boleh terima.

Hayyan itu lelaki yang kuat. Lelaki yang cekap dan berfikiran pantas. Lelaki yang pandai membawa diri kalau dicampak dalam hutan pun. Berkarisma. Itu apa yang dia rasa selama dia kenal Hayyan. Tapi kenapa lelaki itu mudah betul tertipu dengan Nabella?

"Kau okay?" Soal Hayyan.

Wardina tidak membalas. Ranting dicampak lalu dia alihkan pandangan pada laut yang terbentang luas dihadapan.

"You're eyes. It's red and swollen." Kata Hayyan. Membawa maksud yang dia tahu gadis itu baru lepas memangis.

Wardina tak sangka tangisannya akan meninggalkan kesan sampai macam tu sekali. Entah. Tak sempat dia nak cermin diri sendiri lepas dia menangis teruk tadi. Apa yang dia tahu, dia rasa puas selepas menangis seorang diri tatkala dia sampai sahaja di pantai ini.

"Aku okay." Balasnya mendatar.

Kata-kata Wardina kedengaran palsu sekali ditelinga Hayyan.

"Aku minta maaf atas apa yang berlaku." Ujar Wardina setelah lama mereka berdiam diri.

"Nabella letak something dalam air kau. Sebab tu kau separuh sedar." Jauh disudut hatinya, dia rasa serba salah. Lelaki itu tidak septutnya terlibat dalam keluarga huru-hara dia ni.

"Kau nampak dia letak?"

"Kau cakap apa ni?" Wardina berkerut. Takkan lelaki ini pun nak menyebelahkan perempuan tu? Nak cakap dia pula ke yang letak?

Hayyan sengih pendek.

"I'm just asking. Aku pun agak benda yang sama. Lepas makan malam tu aku rasa something is not right with my body. Sejak dari tu, aku dah dapat agak. I'm on drugged. Aku pergi toilet untuk segarkan diri aku balik tapi aku terserempak dengan Nabella." Terang Hayyan.

"Lepas tu?" Wardina buka telinga besar-besar.

"At that time, I'm half conscious. Jalan pun dah macam orang mabuk. Dia tolong bawa aku berehat dalam bilik dia sementara dia panggil ayah kau. Aku tak boleh tolak sebab aku memang dah khayal. " Hayyan berhenti sekejap. Teragak-agak dia ingin menyambung ayatnya.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now