61

18K 988 195
                                    

"Why...."

Suasana sunyi diruang tamu tadi lenyap apabila Hayyan mula bersuara. Dia duduk di atas sofa sambil menunduk. Sejenak kedua tangannya berada dikepala, meramas rambut sendiri sebelum dia mendongak memandang wajah depan mata.

Tiada senyuman, hanya kerutan di wajahnya tatkala itu.

Penjelasan Wardina sebentar tadi betul-betul membuatkan dia tergamam. Tak tahu apa yang dia harus rasakan. Germbira? Sedih?

Serabut. Fikirannya serabut memikirkan macam-macam perkara.

"Why don't you tell me anything...." Nada suaranya agak serak. Bagai tak mahu keluar.

"Why Dina, why?!"

Cukup dengan jeritan itu membuatkan Wardina yang sedang duduk berdiam diri dari tadi tersentak. Jari jemari diramas sesama sendiri sebelum digenggam kuat.

Anak matanya dikerling pada wajah Hayyan sejenak sebelum dia kembali memunduk memandang tangan sendiri. Tidak sanggup dia ingin menerima panahan mata Hayyan ketika itu. Cukup membuatkan lututnya longgar kerana takut.

Boleh nampak urat tegang didahi lelaki itu. Ibarat sedang marah. Pada masa yang sama, menahan perasaan.

"You know what happened, Hayyan!" Balasnya kuat. Walaupun takut, dia tetap menguatkan diri membalas renungan lelaki itu.

"But that shouldn't be an excuse for you to hide Haneef from me! Haneef tu anak abang, Dina. Anak kita! Hasil perkahwinan kita. Sanggup Dina rahsiakan hal ini daripada abang?" Hayyan berdiri bersama tangan dicekak ke pinggang.

Ya, dia marah. Bayangkan sepanjang 3 tahun, dia tidak tahu isterinya mengandung. Dia tidak tahu yang dia mempunyai anak. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang berbinkan dengan namanya. Mana tak terkejut?

Patutlah kali pertama dia jumpa Haneef, wajah budak itu susah untuk hilang dari ingatannya. Dia senang dengan Haneef. Dia rasa sesuatu tatkala melihat wajah Haneef.

"Awak nak marah saya, Hayyan? Awak tahu tak apa yang saya dah alami? Awak tahu tak perasaan saya macam mana bila suami saya sendiri lebih percayakan perempuan lain daripada isteri dia sendiri?" Wardina turut bangun kemudian melangkah setapak ke arah Hayyan.

Saja dia mengungkit kalau kalau Hayyan terlupa tentang itu.

"Hati saya sakit! Saya boleh terima lagi kalau awak tak percayakan saya. Tapi bila awak tak ada, masa saya betul-betul perlukan awak semata-mata sebab perempuan yang cuba hancurkan rumah tangga kita, saya tak boleh terima!" Air mata yang turun cepat-cepat dikesat.

"Jadi, perlu ke saya bagitahu awak tentang kandungan saya? Layak ke awak nak jadi seorang ayah kalau isteri pun awak belakangkan. Kepercayaan awak pun saya tak dapat!"

Nafasnya turun naik menahan amarah. Dia marah, tapi entah kenapa rasa sedih melebihi rasa marahnya itu. Hayyan yang mendengar luahannya tadi terus terdiam. Air mukanya juga berubah.

"Abang bukan manusia sempurna, Dina. Abang tak lari dari kesilapan dan abang buat silap. Abang tahu, walaupun berjuta kali abang minta maaf, perkataan tu takkan sesekali dapat ubah keadaan. Abang tak dapat putar balik masa. But that's the only way I can do."

"I don't care kalau Dina nak maki, hina atau marahkan abang sekalipun asalkan Dina maafkan abang. If only I knew keadaan sebenar Dina masa tu... if only I knew perangai sebenar Nabella masa tu..." Hayyan meraup mukanya.

"Tanpa perlu berfikir pun I will always go for you, sweetheart."

Kalau orang lain mendengar ayat itu, sudah pasti hati mereka berbunga-bunga sekarang ni, tetapi bukan insan yang bernama Wardina. Wanita yang berada dihadapannya tatkala itu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now