32

9.5K 530 35
                                    

"Dina sayang, nanti kalau umi dah tak ada... Dina jaga ayah tau?"

"Kenapa umi cakap macam ni? Dina tak suka lah. Umi nak air? Dina ambilkan. Umi nak makan apa apa?" Tak suka dengan topik perbualan itu, Wardina pantas mengubah topik.

"Tak nak. Dina lupa ke umi kena puasa sebab nak ambil darah?"

Wardina terdiam. Kembali duduk di kerusi bersebelahan dengan katil hospital yang menempatkan uminya.

"Janji dengan umi? Dina jaga ayah?" Sekali lagi Puan Fida menyoal. Tangan lembut anaknya diraih lalu diusap manja.

"Dina tak faham. Kenapa umi selalu ambil berat pasal ayah walaupun ayah sikitpun tak peduli pasal umi. Buat apa kita nak jaga orang macam tu? Umi sedar tak ayah tu dah lari dari tanggungjawab?"

"Ya! Dina tahu dia selalu bagi duit untuk kos rawatan umi tapi ada dia jenguk umi? Kalau datang pun tak sampai lima minit, lepas tu blah!" Tak dapat nak menahan perasaan geram dan bencinya terhadap Tuan Azfanizam. Wajah pucat Puan Fida dipandang dengan perasaan bercampur baur.

"Dina! Jangan cakap macam tu. Itu ayah Dina. Ayah kandung. Umi tak ajar anak Umi macam ni..." Kata-kata tegas Puan Fida disudahi dengan batuknya. Tak sedar dia sudah meninggi suara membuatkan tekaknya perit tiba-tiba.

Melihat keadaan itu, segelas air kosong dihulur pada uminya.

"Dina minta maaf. Dina cuma tak puas hati...  Ayah asyik lebih kan isteri pertama dia aje! Ibu dengan Kak Bella pun bukan nak datang sini. Tunjuk muka pun tidak. Patutnya umi tak kahwin dengan lelaki yang tak boleh adil macam ni."

"Astaghfirullahazim... Dina, bawa mengucap. Kalau umi tak kahwin dengan ayah, Dina takkan wujud tau? Ayah sayang kita. Ayah sayang umi, ayah sayang Dina." Sekali lagi Puan Fida menegur lembut. Dia tidak marah. Dia tahu dan faham perasaan seorang gadis yang baru berumur 18 tahun. Muda-muda lagi dah menempuhi pelbagai cabaran hidup. Tentu sukar untuk anaknya itu mengendali perasaan sendiri.

Wardina terus kunci mulut. Ada betulnya kata-kata uminya itu. Tanpa umi dan ayahnya, dia takkan melihat dunia. Dia takkan bernafas pun di dunia.

Hanya satu aje persoalan yang bermain difikirannya saat itu.

"Sayang? Umi yakin ayah sayang kita? Sejak umi sakit, layanan ayah dah berubah. Bertahun-tahun Dina pendam perasaan ni. Dian sabar aje tegok layanan ayah pada umi. Sampai keadaan umi dah teruk macam ni, ayah masih tak berubah. Dia dah lupa ke cinta dan sayang dia pada umi masa awal-awal dulu?"

Kali ini, Puan Fida pula terdiam.

"Umi dah lama sakit. Umi dah tak cantik macam dulu. Umi dah tak dapat nak layan ayah. Ibu dah tak mampu nak bagi nafkah zahir dan batin pada ayah. Siapa umi nak letak benci pada suami yang umi sayang kalau kekurangannya ada pada umi sendiri?" Ujar Puan Fida sambil berusaha menahan tangisan daripada keluar. Dia tak nak tunjuk lemah pada satu-satunya puteri hatinya itu.

"Umi tak ada kekurangan! Ayah yang tak reti nak pandang umi dengan mata hati dia! Ayah tu yang pendek akal." Wardina sudah tidak kisah. Kalau dia dianggap anak derhaka pada ayah sendiri pun, dia terima dengan hati terbuka.

Sudah tidak mampu Puan Fida ingin menegur kata-kata Wardina. Dia dah tak larat.

"Umi sayang ayah. Walaupun ayah jarang jumpa dengan umi, umi masih ingat kenangan kami bersama. Jadi umi nak minta sangat-sangat supaya Dina pun jangan hilang rasa sayang pada ayah walau sedikit pun. Berusaha lah untuk menagih kasih sayang ayah kalau ayah dah semakin jauh dari Dina. Jangan biarkan tali kekeluargaan kita putus.  Umi sayang Dina sangat-sangat. Boleh Dina janji?" Panjang lebar Puan Fida berbicara seakan-akan itu amanat terakhirnya.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now