72

11.7K 620 50
                                    

"Faleeq kita nak ke mana ni? " Panjang leher Syuhada mengintai ke luar tingkap kereta. Daripada dia tersengguk-sengguk tadi, terus segar bila terasa perjalanannya seperti jauh. Kalau diikutkan, mereka perlu berjumpa dengan seorang pelabur berdekatan dengan syarikatnya. Tapi ini dah macam perjalanan nak balik kampung ni!

Raya pun lambat lagi!

"Encik Faleeq, Dato' tu ubah lokasi meeting ke?" Soal Syuhada lagi. Cuba meneka segala kemungkinan yang masuk akal.

"Can you stop calling me encik? I rasa pelik. Cuba you cakap macam biasa dengan I. Macam sebelum-sebelum ni." Arah Faleeq. Kadang-kadang, dia rimas juga. Syuhada pula selalu terlepas cakap. Kadang panggil Encik Faleeq. Kadang panggil Faleeq. Dan dari situ, dia tahu Syuhada tak biasa memanggilnya dengan gelaran encik.

"I just nak letak batas antara kita. Walaupun kita dah kenal sebelum ni, tapi kita masih tengah bekerja. Lagipun, Encik Faleeq kilen terbesar syarikat kami. Kenalah hormat." Panjang lebar Syuhada memberi penjelasan. Sebenarnya itu lebih kepada etika bekerja.

Faleeq mengangguk tanda faham. Kalau wanita itu dah berkeras, apa yang dia boleh lakukan?

"Okay. Tapi you dah boleh drop title encik tu. Sekarang kita bukan dalam kawasan pejabat. Kita bukan tengah bekerja. So, panggil I macam biasa." Arah Faleeq membuatkan Syuhada terpinga-pinga.

"Hah?" Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Masih tak faham.

"Meeting cancel. Dato' tu ada emergency." Selamba Faleeq bercakap.

Mata Syuhada membesar.

"Kenapa Dato' tak bagitahu saya?" Tak puas hati pula. Dia juga orang penting dalam projek ini!

"Sebab dia tahu you dengan I. Kan I cakap dia ada emergency. Dia rushing. Dia minta tolong I sampaikan."

Sekali lagi Syuhada tercengang.

"Habis tu kita nak pergi mana ni?"

"Bersiar-siar." Selamba jawapannya.

"Tak nak lah. Hantar I balik. Daripada I bersiar-siar dengan you, baik I membuta dekat rumah!"

Faleeq senyum.

"Kita dah hampir nak sampai. Rugi kalau patah balik."

Kali ini, Syuhada terdiam. Pantas dia menoleh. Dari memandang wajah kacak Faleeq, dia melihat pemandangan diluar tingkap.

Laut!

Entah bila dia masuk kawasan ini, dia sendiri tak sedar. Mungkin gelabah campur dengan sakit hati bila Faleeq ikut suka hati aje nak membawanya kemana-mana tanpa diberitahu dahulu.

Dah sampaikan, nak buat macam mana?

Tak sampai lima belas minit, Faleeq sudah memakirkan keretanya. Enjin dimatikan. Tali pinggang keledar di buka. Bila Faleeq dah keluar kereta, Syuhada masih statik ditempat duduk penumpang.

"Tak nak turun ke?" Soal Faleeq selepas pintu kereta dibuka semula. Badannya ditundukkan sedikit untuk melihat wajah itu.

"Kenapa you bawa I ke sini?" Soal Syuhada. Dia masih tertanya-tanya.

"Saja. Kalau tak nak turun, duduk lah dalam kereta tu. Biar lemas sorang-sorang." Pintu kereta ditutup kembali. Dari dalam kereta, Syuhada dapat lihat Faleeq mengatur langkah ke sisir pantai.

Satu keluhan dilepaskan. Syuhada mengalah. Bila dia keluar aje dari perut kereta, wajahnya dipukul dengan angin kuat. Langkah dilajukan membuntuti Faleeq. Bila lelaki itu berhenti, dia juga berhenti.

Tak dinafikan, dia rasa tenang pula. Hilang terus beban kerjanya yang menggunung. Terasa bahunya ringan. Syuhada menarik nafas panjang dengan mata yang tertutup. Menghirup udara segar.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now