33

9.4K 535 19
                                    

Ayah pengsan.

Hanya dengan ayat itu, terasa dunianya seakan berhenti berputar. Masej daripada Mak Su ditenung lama. Kelam kabut dia bersiap macam lipas kudung semata-mata untuk balik ke rumahnya semula.

Ya, Wardina tahu dia dah di halau keluar dari situ. Tuan Azfanizam juga sudah menghalangnya daripada jejakkan kaki ke rumah itu. Tapi apa yang dia boleh buat? Walaupun benci, dia masih punya perasaan kekeluargaan itu. Dia masih rasa tanggungjawab sebagai seorang anak.

Nasib baik ada Pak Hamid, pemandu keluarga Hayyan untuk menghantarnya pulang saat itu.

Pada mulanya dia ingin meminta tolong Hayyan, tapi bayang lelaki itu lesap dari pagi tadi. Tidak tahu mana keberadaan Hayyan. Lelaki itu pun tidak bercakap dengannya langsung. Mungkin terasa dengan kata-katanya semalam. Entahlah. Wardina malas hendak fikir tentang itu.

Dari tadi, dia tidak senang duduk dalam kereta. Terasa perjalanan itu sangat jauh. Telefon bimbitnya dipegang sedari tadi. Mana tahu Mak Su ada masej memberitahu perkembangan ayahnya.

"Sabar, Cik Wardina. Insyaallah semua okay." Pesanan Pak Hamid hanya dibalas dengan senyuman tipis.

Lebih kurang dalam 2 jam lebih perjalanan, Wardina keluar dari kereta. Sempat dia mengucap terima kasih pada Pak Hamid atas bantuan lelaki itu. Katanya, dia tak boleh menunggu kerana ada hal yang kena uruskan.

Wardina tidak kisah. Pak Hamid dah menghantarmya ke sini dengan selamat pun dah cukup baik.

"Dina, masuklah." Tiba sahaja dipintu rumah, dia disambut oleh Mak Su yang setia berdiri di tepi pintu menunggunya.

"Ayah macam mana Mak Su?" Tubuh Mak Su dipeluk sebelum tangan itu disalam.

"Alhamdulillah, Tuan okay. Cuma dia tengah tidur kat atas. Baru balik dari hospital." Terang Mak Su.

"Doktor kata apa?"

Mak Su menggaru kepala. Dia juga tidak tahu tentang itu.

"Dina masuklah dulu. Pergi tengok Tuan dekat atas."

Wardina mengangguk laju. Baru dia hendak melangkah, tiba-tiba tingkahnya terhenti separuh jalan. Dia menunduk memandang lantai.

Layak ke dia nak masuk rumah ni setelah di halau? Dia juga pernah berjanji yang dia takkan menjejakkan kaki ke sini lagi. Takkan sesenang itu aje dia nak menjilat ludah sendiri? Lama Wardina termenung disitu.

"Dina? Jomlah." Suara Mak Su membuatkan Wardina terus melangkah masuk tanpa berfikir apa-apa. Tujuan dia datang hanya untuk melihat keadaan ayahnya.

Pintu bilik dikuak. Perkara pertama yang dia lihat adalah wajah tua ayahnya sedang terbaring di atas katil. Masih nyenyak dalam tidurnya. Bila melihat wajah itu, sedikit sebanyak hatinya rasa lega.

"Datang dah perempuan tak tahu malu ni."

Automatik pandangannya jatuh pada wajah yang berdiri di dalam bilik itu.

"Kau buat apa kat sini? Dah kena halau pun masih berani nak datang. Tak malu eh?" Sekali lagi Nabella berkata dengan nada suara yang cukup menyakitkan hati.

"Aku nak tengok ayah." Tanpa memandang wajah itu, Wardina melangkah mendekati katil.

"Siapa ayah kau?! Kau tak ingat ke kau dah kena buang keluarga?" Memetir suara Nabella.

"Kau diam boleh tak? Ayah tengah tidur tu!" Rasa nak bagi penampar aje pada si Nabella ini. Tak reti hormat orang ke?

Langkah kakinya terhenti di birai katil Tuan Azfanizam. Dengan perlahan, tangan lelaki itu diraih lalu dicium.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now