43

10K 518 15
                                    

"Kau nak goda aku ke Pudina?"

Hampir tercekik Wardina dengan buah anggur yang baru saja masuk ke dalam mulutnya ketika itu. Pertanyaan luar jangkaan Hayyan betul betul membuatkan jantungnya mengepam darah laju.

Skrin televisyen yang menyiarkan siri netflix itu tidak lagi menjadi tatapannya. Berbeza dengan Hayyan yang matanya masih melekat dikaca tv. Sama juga sepertinya, sedang elok makan anggur.

"Hah?" Saja Wardina buat-buat tak faham. Sebenarnya gugup. Dia tahu apa yang Hayyan maksudkan itu.

"This... and this." Jari telunjuknya di hala pada pakaian Wardina dan diakhiri pada rambut yang diikat dengan gaya messy bun.

"Kau tahu tak sesak nafas aku tengok kau pakai baju ni bila aku balik kerja tadi?"

Wardina gigit bibir. Menyesal dia tak naik tidur terus lepas sesi meluah perasaan di dapur beberapa jam lepas. Lagi dia menyesal bila dia bersetuju untuk teman Hayyan menonton movie.

"Ma-mana ada aku nak goda kau! Perasannya!" Nafi Wardina.

"Habis, yang kau pakai macam ni kenapa?" Soal Hayyan lagi. Tak puas hati.

"Yang kau balik awal kenapa? Aku pakai baju ni sebab aku tahu kau balik lewat. Tak ingin lah aku nak tunjuk badan aku depan kau. Baik aku tunjuk dekat...." Serta merta ayatnya terhenti seketika. Memerah otak mencari idea untuk menyambung ayat itu kembali. Gabra.

Kalau bukan dengan Hayyan, dengan siapa lagi dia nak tunjuk? Sudah tentu lah yang halal untuknya adalah suami sendiri dan orang itu semestinya Hayyan.

"Hah, siapa? Zafhan?" Tak semena mena nama itu yang disebut. Penuh sarkastik.

"Apa kena mengena dengan Zafhan pula ni?" Wardina berkerut. Haish! Hayyan ni nak ajak gaduh balik ke?

"Habis tu? Sambunglah ayat kau tu." Tertanya-tanya juga apakah nama yang bakal disebut Wardina.

Rahangnya diketap perlahan apabila membayangkan nama Zafhan keluar dibibir isterinya. Minta dijauhkan!

"Penatlah nak gaduh. Besok lah sambung." Ujar Wardina seraya mencebik. Baru tadi mereka berbaik, takkan nak bergaduh semula? Tak larat dia nak menghadap perbalahan setiap masa.

"Aku nak naik dulu." Wardina bangun. Belum sempat dia melangkah, tangannya ditarik kasar sehingga terduduk kembali ke atas sofa. Kali ini betul-betul disebelah Hayyan.

"Kau kata nak teman aku tengok movie." Nada suara Hayyan seakan merajuk.

Pulak!

"It's already 2 am. Kau tak kerja ke besok?"

"Aku ambil cuti."

"Aku ada kelas pagi." Balas Wardina pula. Mahunya terlajak ni kalau dia teman Hayyan tengok movie. Inilah yang dikatakan, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? Padan muka. Tak sedar diri besok ada kelas pagi.

Kata-kata Wardina tidak dilayan sebaliknya dia terus memeluk bahu gadis itu. Kemudian, kepala itu ditolak supaya bersandar ke dada bidangnya.

"Aku rindu kau. Kita spend time together sampai movie ni habis. Lepas tu kita naik atas. Boleh?" Pinta Hayyan lembut. Pelik! Sekejap sahaja angin Hayyan ni berubah. Tadi macam nak cari gaduh. Sekarang manja macam anak ayam pulak.

Sebenarnya dia saja nak duduk berdua dengan Wardina. Dia suka setiap kali mereka menonton televisyen bersama. Walaupun masing-masing senyap, tapi dengan kehadiran gadis itu disebelah membuatkan hatinya rasa terisi.

Seharian tidak bercakap, membuatkan hatinya gusar. Kerja pun tak fokus. Macam manalah agaknya kalau Wardina jauh darinya nanti?

Wardina terus terdiam mendengar permintaan Hayyan. Perlahan-lahan dia menyelesakan dirinya dipelukan lelaki itu. Mata pula terus dilekatkan pada kaca tv.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now