10

10.1K 506 16
                                    

"Hayyan nak pergi mana?" Soal Hajah Fatima apabila melihat cucunya itu sedang menuruni tangga rumah. Tidak langsung melihat ke arah meja makan.

"Hayyan nak pergi jumpa Faleeq. Saja lepak." Jawab Hayyan. Langkahnya terhenti ditengah jalan.

"Tak nak sarapan dulu?"

"Tak apalah nek. Makan dengan Faleeq kejap lagi." Dia menolak. Jam dipergelangan tangan dijeling.

"Sarapan lah dulu. Duduk sini kejap. Lagipun, nenek nak cakap sikit." Kedua dua siku Hajah Fatima diletak atas meja dan jari jemarinya bertaut satu sama lain. Makanan yang masih berbaki dalam pinggannya tidak disentuh lagi.

Hayyan menggosok lehernya. Macam biasa, kalau neneknya itu ingin mengatakan sesuatu bukannya makan masa yang sekejap. Tapi lama. Habis, janji dia dengan Faleeq macam mana pula?

Sudahlah amukan lelaki itu mengalahkan perempuan sedang pms!

"Nanti lah nenek. Hayyan dah lambat ni." Dia cuba mencipta alasan. Padahal, ada lagi setengah jam sebelum pertemuan mereka.

"Faleeq tu lagi penting daripada nenek ke?" Pedas sungguh perlian yang diberi pada Hayyan. Wajah Hajah Fatima tenang walaupun tiada senyuman yang tercalit di wajah tua itu.

Hayyan mengeluh. Dia seperti sudah agak kemana perbualan neneknya akan pergi. Sebab itulah dia suka mengelak tiap kali Hajah Fatima ingin berkata sesuatu padanya.

Melihat jelingan daripada Erin, membuatkan Hayyan menurut. Dalam rumah ini, siapa aje yang berani melawan titah neneknya itu? Langkah diatur menuju ke meja makan. Kerusi ditarik dan dia duduk.

"Ada apa nek?" Soal Hayyan. Cawan yang berisi teh panas itu diambil dan didekatkan dengan mulut. Alang-alang tu, baik dia sarapan sekali.

"Natasha macam mana?"

Pffft!

Hampir tersembur air yang dihirup Hayyan. Panas! Lagi dia rasa panas apabila nama Natasha disebut. Tak sangka neneknya itu masih ingat dengan perempuan tu.

"Panas lah Kak Rin! Kenapa tak bagitahu?" Marahnya pula pada Erin.

"Eh, kau yang gelojoh. Salahkan akak pulak." Kata Erin. Cuba menahan senyum melihat wajah kabut Hayyan. Kedengaran lelaki itu berdehem, membetulkan anak tekak.

"Natasha? Elok aje dia kat rumah dia." Balas Hayyan malas. Roti bakar diambil dan dimakan begitu sahaja.

"Pertemuan yang nenek aturkan dekat Kafe hari tu macam mana?" Hajah Fatima mula soal siasat.

"Okay aje nek. Everything went well."

"Jangan nak tipu nenek, Hayyan. Kalau semua berjalan dengan lancar, kenapa Natasha telefon nenek? Mengadu macam macam." Wajah bersahaja Hayyan dipandang Hajah Fatima.

"Dia mengadu dekat nenek? Huh, perempuan memang kaki mengadu." Sinis Hayyan berkata.

"Hayyan!" Tanpa disangka, kata katanya membawa kemarahan Hajah Fatima. Mata tua itu membulat sedikit. Kelihatan Hayyan menghela nafas perlahan.

"Fine, nenek nak Hayyan buat apa? Natasha tu dah jadi perempuan ke 9 yang nenek kenalkan dekat Hayyan. But it still doesn't work." Hayyan menyuarakan ketidak puasan hatinya.

Teringat kembali bagaimana mereka bertengkar mulut sebaik sahaja keluar daripada kafe apabila pakaian wanita itu basah dengan tumpahan air. Sudahnya, Hayyan hanya meninggalkan dia seorang diri ditepi jalan.

Macam macam perangai. Ada ke Natasha memaksa dia saman kafe itu semata mata kerana kecuaian salah seorang pekerja kafe? Bukannya dia baling bom pun dekat baju wanita itu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now