55

15.3K 811 265
                                    

"Dina! Dina! Buka pintu ni sayang!"

Sayup-sayup Syuhada mendengar jeritan dari luar rumahnya. Baru dia ingin melelapkan mata, terus tak jadi apabila suara itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Malah makin kuat bersama dengan ketukkan bertalu-talu dipintu rumahnya.

Tanpa buang masa, terus dia keluar dari bilik kemudian menuju ke bawah. Pintu rumah dibuka kasar.

Kini tiada lagi jeritan yang keluar daripada mulut lelaki itu. Kembali senyap.

Dapat Syuhada melihat betapa kusutnya seraut wajah itu.

"Balik lah, Hayyan! Dah pukul 4 pagi tahu tak?" Marah Syuhada. Menyesal dia tidak mengunci pintu pagar sebelum masuk tidur tadi.

"Mana isteri aku, Syu? Aku nak isteri aku sekarang ni. Dina! Dina!" Bagai orang gila Hayyan menjerit sambil panjang lehernya melihat ke dalam rumah. Tangannya dah melekat pada grill pintu rumah yang masih berkunci.

"Kau gila ke? Nak kejutkan satu taman perumahan ni?" Syuhada berkerut. Kalau siang tak apalah juga. Sekarang tengah pagi buta. Kalau jiran-jirannya fikir bukan-bukan macam mana? Sudahlah ibu dan ayahnya tiada dirumah.

"Syuhada, tolong. Aku nak isteri aku. Panggil Dina turun. Aku tahu dia tak tidur lagi. Aku nak melutut minta maaf dekat dia, Syu..." rayu Hayyan bersama dengan mata yang sudah berkaca.

"Kau ingat, maaf kau boleh putar balik masa?"

Tergamam dia mendengar balasan Syuhada. Hayyan menunduk. Meraup rambutnya kebelakang.

Sungguh dia menyesal.

"A-aku tahu aku salah. Tapi, sekurang-kurangnya bagi aku jumpa isteri aku. Aku suami dia, Syu. Aku ada hak nak jumpa dia!" Hayyan mengetap bibir. Sedaya upaya air mata dia tahan.

"Dina! Sayang! Jom kita balik rumah kita. Abang nak perbetulkan semuanya, sayang!" Sekali lagi dia menjerit.

"Apa yang kau nak betulkan? Kau tak payah nak cakap pasal hak kalau kau yang abaikan isteri kau sendiri." Tutur Syuhada geram.

"Balik lah, Hayyan. Tak ada guna kau menjerit macam ni. Semuanya dah terlambat." Satu keluhan dilepaskan sebelum dia menutup kembali pintu rumah.

"Syu! Aku nak isteri aku, Syu!"

Jeritan Hayyan tidak dilayan. Telefon yang berada diatas meja dicapai kemudian mendail nombor seseorang.

"Helo, Faleeq. Sorry ganggu you tidur. Tolong kutip kawan you ni depan rumah I sebelum I panggil polis." Syuhada merengus seraya mematikan panggilan.

Entah faham ke tidak si Faleeq tu kerana dia yakin lelaki itu tidak tahu apa-apa. Tapi, dengan siapa lagi dia nak telefon? Dia tahu Faleeq adalah kawan rapat Hayyan.

Laju langkah Syuhada naik tangga menuju ke bilik Wardina. Pintu bilik dibuka perlahan. Melihat tubuh itu sedang mengiring membelakanginya membuatkan Syuhada hembus nafas lega.

Tidurlah, Dina. Rehat.

Pintu bilik ditutup kembali.

Sebaik sahaja dia mendengar pintu bilik ditutup, Wardina buka mata. Perlahan dia bangun dan mengesot sedikit. Tubuhnya disandarkan pada kepala katil, memeluk lulut.

Setitik demi setitik air matanya turun. Makin lama, makin lebat sehingga dia menekup mulut sendiri. Tidak mahu tangisannya didengari oleh Syuhada.

Dia dengar semuanya. Dia dengar dengan jelas kata-kata Hayyan tadi tetapi entah kenapa dia hanya statik diatas katil. Tidak terasa ingin turun apatah lagi melihat wajah itu.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now