35

10.2K 455 5
                                    

Pagi itu, Wardina lepak bersama Yasmin dan Yati di dapur. Disebabkan kerja kerja mengemas sudah Yasmin uruskan, jadi dia buat keputusan untuk menolong Yati memasak untuk makan tengahari.

"Yasmin ada adik kecil?" Soal Wardina. Alang-alang mereka sedang berbual tentang ahli keluarga Yasmin sekarang ni.

"Ada! Tak ada lah kecil mana. Baru umur 4 tahun. Tapi dekat kampung lah." Teruja Yasmin bercerita sambil memotong bawang.

Kalau diikutkan cerita Yasmin, dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan sara keluarganya dikampung. Selepas ayahnya meninggal dunia, keluarga mereka mempunyai masalah kewangan dan sebab itulah habis sahaja SPM dia terus bekerja di sini tidak menyambung pelajaran.

Yasmin nampak sahaja periang tapi dibalik wajah cerianya itu siapa sangka terselit kehidupan yang menyedihkan.

Wardina tersenyum nipis. Tidak lagi dia bersuara selepas itu. Hanya mendengar perbualan rancak mereka berdua. Setiap kali gosip bersama Yasmin dan Yati tak pernah tak seronok! Ada sahaja cerita baru yang keluar. Sampaikan cerita anak jiran sebelah yang baru habis berpantang pun mereka tahu. Pelik betul.

Bunyi loceng pintu bergema menandakan ada tetamu yang datang. Terhenti terus perbualan mereka tatkala itu.

"Siapa pulak tu? Puan ada cakap ke ada orang nak datang?" Soal Yasmin pada Yati.

"Tak ada pun."

"Tak apalah, biar Dina yang buka pintu." Wardina mempelawa diri. Tidak mahu menganggu kerja mereka. Bila mendapat anggukkan dari Kak Yati, pantas dia melangkah menuju ke pintu masuk.

"Assalamualaikum!" Buka sahaja pintu, dia dikejutkan dengan suara riang seseorang. Tak cukup dengan itu, tubuhnya terus dipeluk.

"Wa-Walaikumusalam..." Walaupun terkejut, mulutnya masih menjawab salam.

"Eh, ingat nenek yang buka pintu! Sorry-sorry!" Apabila sedar dia memeluk orang yang salah, pantas pelukkan dileraikan. Patutlah rasa kurus aje sedangkah Hajah Fatima sedikit berisi.

Senyuman nipis Wardina tayang tanda tidak kisah. Nasib baik perempuan. Kalau lelaki, dah lama kena tendangan percumanya. Tapi, dia tertanya-tanya juga siapakah gerangan ini.

"Akak siapa?" Soal gadis itu. Kali ini bersama kerutan nipis didahi. Dah hilang terus wajah cerianya tadi.

"Oh.. akak..."

"Orang gaji baru ya?! Nenek tak cakap pun dia ambil orang gaji baru. By the way, saya Hawa. It's okay, nanti akak kenal siapa saya. Saya masuk dulu nak jumpa nenek. Tolong bawakan beg saya ya? Thank you!"

Tanpa sempat Wardina menyambung ayatnya, Hawa sudah meluru masuk ke dalam rumah tanpa memandang kiri dan kanan. Terkebil-kebil Wardina saat itu. Sudah lah dia tidak kenal gadis itu. Lepas tu, dapat pula gelaran pembantu rumah baharu.

Apa-apa aje lah. Dia tak kisah sangat. Mungkin itu keluarga Hajah Fatima yang dia masih belum sempat kenal. Bagasi besar yang terletak di muka pintu dicapai dan ditolak masuk kedalam. Kalau dah sampai bawa beg, mesti lah tidur sini kan?

Dengan berhati-hati Wardina membawa naik tangga bagasi itu. Fuh, boleh tahan berat. Bawa batu ke bawa pasir perempuan ni? Ataupun disumbatnya segala baju untuk duduk setahun disini?

Sampai diseparuh tangga, dia berhenti sekejap. Mengelap peluh yang mula menitis didahi. Kemudian, beg itu diangkat kembali sehingga ke tingkat atas. Ditolaknya pula sehingga ke bilik tetamu.

Tak lama selepas itu, Wardina kembali ke tingkat bawah.

"Siapa datang Dina?" tegur Yati bersama kerutan didahi. Mungkin pelik melihat Wardina seperti melepaskan lelah.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now