13

9K 505 40
                                    

Suasana di rumah banglo 3 tingkat itu itu riuh dengan suara si kecil Qaseh. Bermain seorang diri diruang tamu sambil ditemani keluarga Hayyan. Puan Sri Farida dan Tan Sri Syarif sudah pun pulang ke rumah tengahari tadi setelah hampir 3 minggu mereka berada jauh dari rumah.

"Meh dekat nenek. Rindunya dekat budak busuk ni!" Panggil Puan Sri Farida. Terkedek kedek Qaseh berjalan menghampirinya. Sukalah tu nenek kesayangan dia dah balik.

"Hayyan mana, Erin? Dah malam dah tapi tak balik balik lagi." Tan Sri Syarif menyoal. Sejak dia pulang ke rumah tengahari tadi, bayang anak bujangnya itu tidak nampak.

"Erin pun tak tahu papa. Tak ada pulak dia bagitahu masa nak keluar tadi." Jawab Erin.

"Lagipun, mana dia nak lekat kat rumah kalau si Natasha tu bertandang kat sini." Sambungnya lagi. Wajah Hajah Fatima dipandang sekilas. Sudahnya dia mendapat jelingan daripada neneknya.

"Cakap pasal Hayyan. Mak nak cakap sikit dengan Ida dan Syarif. Kamu pujuk lah anak kamu tu untuk berbaik dengan Natasha." Hajah Fatima mula berbicara. Teringat layanan Hayyan pada Natasha sewaktu wanita itu datang ke rumah ini pagi tadi. Dingin semacam!

"Lah... kenapa? Hari tu bukan dah keluar sama sama ke?" Sudah 3 minggu Puan Sri Farida tak ada dekat rumah, banyak betul cerita tertinggal.

"Sekali itu ajelah. Lepas tak berkenan, reject. Katanya tak ada persefahaman. Macam mana nak ada kalau Hayyan tu tak mencuba?" Bebel Hajah Fatima, geram.

"Tak kena dengan citarasa dia lah tu. Hayyan tu kan cerewet." Puan Sri Farida geleng kepala. Ingatkan menjadi lah calon Hajah Fatima kali ini. Tetapi rupanya masih tak dapat memuaskan hati anak lelakinya.

"Terlampau cari kesempurnaan. Macam ni lah jadinya. Cerewet."

Masing masing mendiamkan diri. Tan Sri Syarif pula kalau berkaitan dengan hal ini, dia malas nak masuk campur. Pandangannya hanya terarah pada berita yang sedang ditayang di kaca televisyen.

"Nanti kamu cakap lah dengan Hayyan tu. Mak dah tak larat nak cakap benda sama. Kalau dia tolak perempuan perempuan sebelum ni, tak apalah. Mak faham. Tapi si Natasha ni, baik budaknya." Bersungguh sungguh Hajah Fatima memuji Natasha.

"Yalah. Ada masa nanti Ida cakap dengan Hayyan." Ujar Puan Sri Farida. Malas ingin memanjangkan hal itu lagi.

***

Keesokkannya, keadaan Tuan Azfanizam semakin baik. Mungkin lepas rehat semalaman, tubuhnya terasa bertenaga. Namun, satu perkara yang buat Wardina mengeluh, lepas sahaja sihat, ayahnya itu terus masuk ke dalam bilik kerja. Mungkin ingin menyambung kerjanya yang tergendala.

"Ayah dah sihat?" Tegur Wardina yang sedari tadi berdiri di muka pintu bilik. Tuan Azfanizam mengangkat kepala.

"Dah." Jawabnya pendek.

"Alhamdulillah." Lega Wardina melihat wajah ayahnya yang tidak lagi pucat.

"Dina nak balik dulu. Besok ada kelas." Ucapnya lagi. Meminta diri untuk balik ke rumah sewa. Lagipun, Hayyan dah menunggunya dibawah. Lelaki itu pun satu. tak beritahu masa yang tepat untuk menjemputnya. Tiba-tiba dapat masej mengatakan dia ada dibawah.

Lelaki itu ingin masuk ke dalam rumah, ingin berjumpa dengan ayahnya untuk menjelaskan hal semalam tapi Wardina dengan keras melarang. Takut lagi betambah kekacauan.

"Balik lah. Kenapa kena jumpa ayah?"

Kata-kata yang sangat membuatkan Wardina berkecil hati buat kesekian kalinya. Sejak daripada peristiwa semalam, Tuan Azfanizam sangat dingin padanya. Wajahnya ditundukkan. Baru dia ingin melangkah menghampiri ayahnya, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila lelaki itu bersuara.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now